Sebelum ini Ohmedia ada kongsikan posting Instagram dari pelakon, Zarina Anjoulie yang memberikan bayangan seperti sedang mengalami masalah bersama tunangnya, Datuk Seri Khazrul Elzey.
Kali ini, giliran Khazrul pula memberikan bayangan seperti ikatan pertunangan mereka sudahpun terlerai.
Kita mampu merancang Allah yang menentukan. Papa (panggilan dirinya) tak sebaik mana yang mama (panggilan Zarina) impikan. Kita berdua masih ada kekurangan.
Semoga kita akan terus menjadi sahabat. Papa doakan mama dapat orang yang lebih baik. Terima kasih atas cinta mama pada papa. – Tulisnya.
Perkongsian ini bagaimanapun telah dipadam selepas ia dikongsikan di akaun TikTok milik Khazrul.

“Broken Tapi Masih Bertahan” – Zarina Anjoulie Buang Semua Gambar Tunang?
Rasanya macam baru je lagi Ohmedia kongsi momen bahagia antara pelakon, Zarina Anjoulie bersama tunangnya Datuk Seri Elzey. Apapun, tipulah kalau kata hubungan yang kita bina tu tidak diuji, betul tak?
Ohmedia kata macam ni selepas melihat perkongsian terkini Zarina di Instagram yang seakan-akan sedang patah hati.
“Bibir tetap kenal letops….” – Zarina Anjoulie.
Tunang padam akaun media sosial…
Menguatkan lagi tentang apa yang berlaku, tunang Zarina juga dilihat telah memadam akaun media sosial yang sebelum ini menggunakan nama @abot_anjoulie.
Zarina atau lebih mesra dipanggil Anju juga dilihat telah memadam gambarnya bersama tunang.
Kredit: TikTok