BF Shila Amzah Datang Beri Sokongan, Ditanya Siapa Juara, Ini Jawapan Romantis Ubai

Ramai sedia maklum bahawa penyanyi Shila Amzah mengakui bahawa dirinya kini sedang bercinta dengan selebriti media sosial iaitu Ubai.

Datang beri sokongan

Malam ini berlangsungnya pentas akhir Anugerah Juara Lagu ke-37 (AJL37) di Axiata Arena di mana 12 finalis akan melakukan persembahan langsung untuk merebut gelaran juara.

Susulan itu, Ubai atau nama sebenarnya Ubaidillah, turut kelihatan hadir di Axiata Arena untuk memberikan sokongan kepada buah hatinya, Shila Amzah yang akan menyanyikan lagu ‘Bahagiakan Dia’ bersama rakan duet, Liza Hanim.

Ubai yang ditemui oleh media, tersipu malu saat ditanya siapakah yang bakal bergelar juara malah sempat memberikan ‘pickupline’ dalam jawapan yang diberikan.

Ubai, siapa yang akan jadi juara AJL kali ini?

Juara? Tak pasti lagi lah siapa. Tapi juara di hati saya si dia lah.

Siapa tu?

Shila Amzah… (dalam nada malu)

Sementara itu, menjengah di bahagian komen, netizen terhibur dengan jawapan jujur daripada Ubai malah ada juga yang mendoakan yang terbaik buat pasangan tersebut.

Video

Sumber: Instagram

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *