“Jangan Risau Kita Dah Pulangkan…”- Kakak Ipar Tanya Pasal DuitRM60,000. Tapi Benda Lain Pula Yang Ali Puteh Bagi

Pelawak Ali Puteh terkilan apabila ditertawakan serta disindir rata-rata netizen tentang penemuan barang mencurigakan yang didakwa seperti disihir di kediaman arwah abangnya, Abam Bocey.
Kata Ali Puteh, 33, kemungkinan mereka yang menyindirnya belum pernah berhadapan situasi itu dan menjadikannya sebagai bahan jenaka.

“Ada yang ejek ini sebagai jenaka, ada yang komen ini rekaan. Siap tulis jangan lupa tambah garam dalam masakan.

“Tidak kena pada anda semua, kalau kena pada yang komen tahulah semua. Baru tahu apa yang kami sekeluarga rasa,” tulisnya.

Ali berkongsi perkara berkenaan dalam hantaran Instagram akaun miliknya.

Pun begitu, Ali memberitahu ‘barang’ yang dimaksudkan sudah dipulangkan kepada tuan badan yang didakwa melakukan perkara tersebut.

“Ini barang jangan dibuat main. Pada si penabur jangan risau. Kita dah pulangkan ‘barang’ kamu. Kita tak berminat dengan barang kamu.

“Semoga Allah beri keampunan,” katanya lagi.

Pun begitu, ruangan komen pada hantaran tersebut telah ditutup.

Terdahulu, pelawak itu dalam temu bual dengan sebuah akhbar mendakwa kakak iparnya, Siti Norhidayah Mohd. Ali, meninggalkan beberapa barang seperti garam kasar, limau dan lain-lain dipercayai untuk upacara tertentu.

Ali Puteh akan bayar RM60,000 secara ansuran

Pelawak, Ali Puteh akan menjelaskan bayaran RM60,000 kepada balu Allahyarham Abam Bocey, Siti Norhidayah Mohd Ali atau Hidayah yang ditetapkan mahkamah sebelum ini secara ansuran.

Ali ketika dihubungi berkata, proses pembayaran itu masih dalam perbincangan membabitkan peguamnya dan peguam Hidayah.

“Saya sudah memberitahu peguam bahawa saya bersetuju membuat bayaran ansuran kepada balu arwah dengan duit saya sendiri.

“Peguam saya juga sudah menghantar surat mengenai perkara itu kepada peguam balu arwah tetapi pihak mereka masih belum memberi maklum balas berkaitan bayaran ansuran itu,” katanya kepada Harian Metro.

Ali berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai hantaran video di Instagram Hidayah yang memintanya mempercepatkan bayaran RM60,000 seperti diperintahkan mahkamah sebelum ini.

Pada 18 Februari tahun lalu, Mahkamah Sesyen memerintahkan Ali atau nama sebenarnya Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan dan tiga ahli keluarganya membayar RM60,000 kepada Hidayah kerana mengeluarkan kata-kata mengaibkan wanita itu di Instagram, dua tahun lalu.

“Ko Aniaya Kakak Ipar Ko, Karma Tu Ada” – Balu Abam Beli Vellfire, Ali Puteh Rileks Jawab Cacian Netizen

Kejayaan balu Allahyarham Abam Bocey, Nor Hidayah Mohd Ali membeli sebuah kereta mewah jenis Toyota Vellfire hasil duit berniaga sendiri mengundang perhatian netizen.

Bukan itu saja, pelawak Ali Puteh turut terpalit sekali lagi menerima kecaman netizen secara tidak langsung.

Tulis beberapa pengguna di media sosial menerusi muatnaik di Instagram Ali Puteh sendiri, ada yang menyifatkan situasi Hidayah itu adalah karma.

“Ko ingat orang lupa apa kau buat karma itu ada. Allah pasti balas apa kau buat. Dengar cerita kakak ipar kau dah keluar Vellfire, dulu kemain tak kasi orang tu pakai.

“Hitam dengan kakak ipar kau yang kau aniaya tu sampai kereta arwah pun kau ambil takut dia tak mampu bayar, sudahnya rezeki Allah dia dapat beli Vellfire hasil usaha dia.

“Kau tu dah lah hitam, hati pun hitam. Jangan nak bertopengkan syaitan acah-acah macam alim,” demikian tulis beberapa pengguna media sosial.
Ali bagaimanapun tidak melatah, sebaliknya tampil menjawab cacian netizen dengan tenang.

“Semangat dan terus kuat bila diperkatakan..terima kasih atas kata-kata yang sangat indah ni,” tulis Ali.

Hidayah sebelum ini berkongsi beberapa fotonya bersama anak lelaki tunggal, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey berdiri di samping Vellfire yang baru dimilikinya.

“Alhamdulillah syukur berkat kerja keras hasil bisnes jual sabun, daun sukun dan serum,” tulisnya.

Hidayah turut menjelaskan dia tidak membeli semula kereta arwah yang sudah dijual kepada pemilik baru.

Terdahulu, Allahyarham Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan disahkan meninggal dunia pada 10 Februari 2020.

Kemelut antara Hidayah dan Ali mula tercetus hingga melibatkan beberapa prosiding mahkamah.

Hidayah pernah memfailakn saman terhadap Ali atas tuduhan memfitnahnya, mahkamah Februari lalu memutuskan kemenangan berpihak pada Hidayah.

kredit: astro gempak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *