Pasangan pelakon terkenal, Ungku Ismail Aziz dan Nad Zainal telah disatukan sebagai pasangan suami isteri pada 23 Januari lalu.
Perkara itu disahkan Nad menerusi posting di Instagram (IG) yang memaparkan gambar majlis pernikahannya dengan Ungku Ismail yang berserta mas kahwin berjumlah RM1,000, semalam.
Dramatis berumur 33 tahun itu memuat naik beberapa keping foto mengandungi gambar hantaran mas kahwin berbentuk emas RM1,000 tertera namanya dan Ungku Ismail diikuti tarikh perkahwinan mereka pada 23 Januari.
10 Fakta Pelakon Ungku Ismail Yang Ramai Tak Tahu!
1. Ungku Ismail menarik perhatian ramai sekaligus mengukuhkan namanya menerusi peranan dalam drama Adellea Sofea, Gerak Khas, Dendam Aurora, Sein dan Luna, Isteri Tuan Ihsan dan Teman Lelaki Upahan, termasuk telefilem Sutun 2, Antara Garisan, Bukan Itu Takdirku, Kashaf Imani dan banyak lagi.
2. Dia membuat kemunculan sulung di skrin besar sebagai penampilan istimewa dalam filem Seratus yang ditayangkan pada tahun 2022.
3. Turut melakukan tugasan di sebalik tabir produksi drama TV tempatan sebagai pengarah menerusi drama dan telefilem seperti Bukan Syurga Pilihan, Single Terlalu Lama, Gaun Pengantin Ivory, I Heart You Cik Yah, Antara Garisan Series, Duit Kahwin, Ramadan Terakhir, Batang Buruk Lesung Batu, Durian Oh Durian dan Rama Rama.
4. Laman Instagram miliknya, @ungkuismailaziz memiliki jumlah pengikut seramai 500,000 orang.

5. Mempunyai bakat nyanyian yang agak mengagumkan yang ditunjukkannya dalam teater muzikal Semarak Pertiwiku dengan menyanyikan tiga buah lagu.
6. Dia tertarik dengan lagu-lagu Datuk M Nasir yang selalu dibawakan setiap kali berkunjung ke pusat karaoke.
7. Sebelum ini, dia memegang prinsip enggan bersentuhan dengan pelakon wanita ketika berlakon, namun pernah melanggar pendirian itu demi memenuhi tuntutan watak dalam drama bersiri Dendam Aurora pada 2017 lalu.
8. Pada penghujung tahun lepas, dia dan Nad Zainal telah dipasangkan sebagai hero dan heroin dalam siri drama Cina Buta arahan Shahrulezad Mohameddin yang ditayangkan di slot MegaDrama, Astro Ria.
9. Terkini dia mencipta keserasian dengan aktres Nadiya Nisaa sebagai wajah utama yang menghiasi slot drama, Tiara berjudul Bukan Syurga Pilihan melalui Astro Prima.
10. Dia dan Nad Zainal yang juga seorang pelakon telah bernikah pada 23 Januari 2023. Berita perkahwinan mereka mula menular dalam talian apabila mereka berkongsi sepotong video majlis itu di lokasi yang tidak didedahkan di laman Instagram masing-masing.
Terdahulu, Nad mengumumkan dia dan bekas suaminya, Faliq telah bercerai tetapi enggan mendedahkan tarikh berpisah mereka. Mereka berkahwin pada 18 Disember 2015 dan dikurniakan dua orang anak iaitu Fahad Ibrahim dan Budi Kalsom.
Kalau suami tiada, saya tak mahu bercakap – Nad Zainal
Kembali aktif selepas sembuh dan bergelar isteri orang, pelakon popular Nad Zainal memilih pendekatan untuk enggan ditemu bual media jika tidak ditemani suami tercinta.
Dalam pertemuan pertama Nad bersama media selepas dua detik penting dalam hidupnya, keluar hospital dan dinikahi pelakon Ungku Ismail, Nad berkata, suami tidak mengizinkan dirinya memberikan sebarang kenyataan secara bersendirian.
Kata pelakon Dendam Seorang Isteri itu, mereka sebaliknya akan menjawab sebarang isu menerusi video atau sesi siaran langsung dalam media sosial.
“Saya akan menjawab segala persoalan dan akan memberi pencerahan kepada rakan media. Ada perkara yang saya tidak boleh kongsikan.
“Dalam video itu nanti, saya dan suami (Ungku) akan jelaskan. Kalau boleh sebarang kenyataan saya mahu lakukan bersama suami. Kalau dia (suami) tiada, saya tidak mahu bercakap.
“Kami sudah buat perjanjian untuk menjelaskan segala persoalan bersama-sama,” katanya ketika ditemui di lokasi penggambaran drama bertajuk Mendarat Di Syurga di Petaling, Jaya.
Ketika disoal tentang tindakannya memilih media sosial sebagai platform memberikan penjelasan, pelakon berusia 33 tahun itu juga enggan memberikan sebarang komen tentang perkara tersebut.
“No Comment for now (tiada komen buat masa ini),” jelasnya ketika ditemui sekitar 10 wakil pelbagai organisasi media di Petaling Jaya.
NAD ZAINAL hanya akan menjelaskan beberapa isu berbangkit tentang dirinya.
Terdahulu, pelakon Cina Buta itu masih mengunci mulut berhubung perkahwinan mengejutnya, isu dana rawatan ketika dimasukkan ke hospital serta dakwaan perang dingin bersama beberapa selebriti.
Sebelum ini, selepas lebih sebulan keluar wad hospital akibat pendarahan paru-paru, Nad mengumumkan selamat mendirikan rumah tangga bersama Ungku pada 29 Januari. Pengumuman tersebut dibuat selepas hampir seminggu bernikah pada 23 Januari lalu.
Nad pada September tahun lalu mengejutkan ramai apabila mengakui sah cerai bercerai dengan Muhammad Faliq Amiruddin yang dikahwini sejak 18 September 2015.
Sepanjang perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua cahaya mata, Fahad Ibrahim, 7, dan Budi Kalsom, 2.
Kredit foto: Instagram Ungku Ismail Aziz & Instagram Nad Zainal, https://iluminasi.com/