Kak KM Sound ‘Baru Bercerai Tak Ada Job Nak Bela Anak’, Sekali Lufya Balas Balik; “Kerasnya Hati, Moga Allah Tegur…”

Usahawan dan anak dramatis popular Normah Damanhuri, Liana Rosli tampil membidas semula teguran penyanyi dan pelakon Lufya terhadapnya di laman Instagram.

Kata Liana atau lebih popular dengan panggilan Kak KM, dia memahami situasi Lufya menegurnya sebelum ini, dengan harapan untuk menumpang kisahnya yang kini sedang viral.

“Dia lagi kesian sebab dia tengah susah, aku faham… aku pernah jumpa dia. Sekarang pula dia baru pakai tudung, baru lepas bercerai, kita faham tak ada job.

“Tapi tak payahlah dengan cara bercakap pasal aku untuk menaikkan rating kau. Bukan pakai nama aku untuk dapatkan job ye.

“Aku tak kisah, tapi umpamanya aku ni jahat sangat…,” katanya ketika siaran langsung Instagram pada Jumaat.

Sementara itu, menjawab tuduhan Kak KM, kata Lufya, sikap keras hati usahawan itu diharapkan mendapat teguran daripada Allah kelak.

“Bila orang alim, pendakwah tegur cakap mereka ni nak glamor tumpang populariti. Bila selebriti beri pandangan dikatakan baru bercerai mungkin takde duit nak bela anak.

“Subhanallah kerasnya hati manusia. Walaupun diberi kasih sayang keluarga, kekayaan, kesihatan tapi jangan lupa semua itu datangnya dengan izin Allah. Patuhlah perintah Allah!

“Yakinlah rezeki halal tanpa memperdagangkan tubuh dan maruah adalah lebih baraqah. Jangan keterlaluan demi mengejar kekayaan yang terlalu sedikit di dunia ini.

“Moga Allah ‘TEGUR’ dan menjadi pelajaran buat kita semua umat ISLAM untuk melihat hikmahnya,” katanya bersama tanda pagar #nomoreiklanlucah #kitabenciapayangAllahbenci #pengikutrasulullah.

Terdahulu, Lufya tampil menegur tindakan keterlaluan Kak KM yang kerap memuat naik iklan berunsur lucah di media sosialnya. Kata Lufya tindakan sedemikian boleh mempengaruhi pemikiran golongan muda.

Selain Lufya, dua pendakwah terkenal PU Syed dan Ustazah Asma’ Harun turut tampil menegur tindakan Kak KM secara terbuka.

Ustazah Asma’ Pula Tegur Kak KM, Harap Sempat Padam Aksi Luc4h Sebelum Ajal- “Tak Sanggup Saya Tengok”

Selepas mengundang kontroversi berhubung teguran daripada pendakwah bebas PU Syed, kini giliran pendakwah terkenal Ustazah Asma’ Harun pula tampil menasihati usahawan tersebut.

Menurut Ustazah Asma’, bukan niatnya dan pendakwah lain termasuk PU Syed mahu menumpang populariti atau mengambil alih tugas Tuhan untuk menegurnya namun didakwa teknik pemasaran yang digunakan agak keterlaluan dan lucah.

“Harus faham, kami ni bukan buat kerja Tuhan, tapi sedaya upaya melaksanakan kerja yang Tuhan perintahkan sebagai seorang saudara se-Islam.

“Saya juga sayang dan hormat kamu, tapi lebih sayang kepada masyarakat dan generasi anak-anak kita yang telah dirosakkan minda dan akhlak oleh sebahagian selebriti, influencer, founder produk dan sesiapa sahaja yang tidak bermoral di media sosial.
“PU Syed, para pendakwah, orang awam termasuk saya yang menegur bukan nak tumpang populariti sesiapa atau nak kejar rating. Popular dan pengaruh bukanlah satu kebanggaan atau anugerah, ia hanyalah alat dan amanah untuk digunakan kepada jalan mengajak kebaikan atau mencegah kemungkaran,” jelasnya.

Ustazah Asma’ membuat teguran tersebut di akaun Instagram dan Facebook miliknya.

Kata pendakwah itu lagi, beliau sudah lama menerima aduan mengenai kelakuan Kak KM yang dianggap tidak senonoh dan memberi pengaruh tidak baik.

“Sungguh, saya terkesima melihat beberapa video beliau dan lagi terkilan bila turut melibatkan si anak, maaf saya tak sanggup tengok lebih banyak.

“Ia ditonton oleh ribuan tanpa sekatan dan tapisan, pelbagai peringkat umur dan jantina, apa yang mereka fikir dan rasa saat melihat tak boleh dibayangkan kesan buruknya.

“Ini sebuah barah yang makin kronik dalam masyarakat, terutama di kalangan “founder” produk seumpamanya.

“Kalian teruja apabila tontonan di media sosial meningkat, bagitu juga dengan jualan, walaupun dengan jalan maksiat yang dilakukan secara terbuka atas tujuan “marketing”, kerana ingin mengaut keuntungan dunia yang sementara, harga dan maruah diri wanita muslim sanggup digadaikan begitu saja, jika iman tidak boleh menghalang, dimana perginya rasa malu dalam diri?” tegasnya.

Asma’ berkata, setiap insan tidak mengetahui bila tibanya ajal mereka selain berharap agar usahawan berkenaan sempat memadam posting yang memaparkan aksi tidak sepatutnya di media sosial.
“Pernahkah terfikir bagaimanakah jika suatu hari nanti dipanggil bertemuNya, dalam keadaan sudah masuk ke liang lahad, namun dosa masih berjalan kerana video-video dengan aksi sebegitu masih kekal berada di media sosial. Nauzubillahiminzalik.

“Moga sempat dipadam oleh diri sendiri bukan waris, kerana itu adalah tanda sempat bertaubat sebelum mati,” nasihanya lagi.

Kak KM dikenali usahawan produk kecantikan dalaman wanita yang sering menggunakan marketing atau pemasaran menerusi aksi video dan kata-kata berunsur luc4h.

kredit: astro gempak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *