Maaf, mungkin saya tak sempurna di mata awak’-Isteri Hafidz Roshdi Akhirnya Ambil ‘Tindakan’ Ini

Kuala Lumpur: Selepas memuat naik gambar wanita bernama Athira Yuhada di TikTok, isteri pelakon Hafidz Roshdi, Nurul Shuhada Mat Shukri memuat naik gambar kenangan bersama suaminya dengan luahan rasa yang menyentuh jiwa.

“Maaf, mungkin saya tak sempurna di mata awak. Tapi, saya pernah ada di sisi saat awak memerlukan,” tulisnya.

Beberapa jam selepas itu, Shuhada memuat naik satu lagi hantaran berupa video Hafidz bersama anak-anak mereka dengan keterangan berbentuk doa.

“Ya Allah, redakanlah setiap jalan episod keluarga ini. Kekalkanlah hubungan kebahagiaan hingga ke syurga-Mu. Amin,” tulisnya.

Terdahulu, Hafidz memuat naik hantaran gambar dengan keterangan mengenai kesalahan seorang manusia, namun tidak menjelaskan secara terperinci mengenainya.

“Setiap daripada kita manusia melakukan kesalahan. Tapi, ingat. Allah Maha Pengampun. Jahat macam mana pun kita, jangan kita tinggal solat,” tulisnya.

Hantaran itu disertakan dengan tanda pagar #selfreminder dan #peringatandirisendiri.

Dalam gambar itu, Hafidz tampil bergaya dengan berkemeja putih serta berseluar hitam, mengangkat jari telunjuknya.

Tidak hanya itu, hantaran itu juga dikongsikan bersama dengan lagu latar Kalah Dalam Menang, nyanyian asal Mawi dan Syamsul Yusof.

Wanita Didakwa Kekasih Gelap Hafidz Roshdi Bersuara, Nasihat Jangan Sebar Aib

Hari ini agak kecoh jugalah netizen Malaysia dibuatnya selepas tersebar gambar wanita yang dikatakan kekasih gelap kepada pelakon, Hafidz Roshdi.

Wanita itu dikenali sebagai Athirah Yuhada dan ia menjadi kecoh selepas tersebar tangkap layar mesej sweet bersama Hafidz.

Memetik laporan sebuah portal hiburan, Athirah dikatakan berkongsi Instagram Story dengan menasihat seseorang untuk menutup aib.

Hidup ini simple. Kita tutup aib orang, Allah tutup aib kita sis. – Tulisnya.

Dalam perkongsian itu, ada sekali gambar dua pasang kasut sedondon berwarna hitam putih dan jelas terlihat ia dipakai oleh lelaki dan perempuan.

kredit:omm

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *