“Masa mak hidup.. Bertahun tak jumpa mertua, sampai mak saya cakap mak dah tak heran, mak tak kisah dah..” Lama pendam, Ali dedah apa kata2 ibunya kepada Hidayah

Perselisihan faham antara pelawak Ali Puteh dan kakak iparnya, Siti Norhidayah Mohd Ali nampaknya masih belum menemui titik noktah. Malah, pelbagai kenyataan berbalas yang dikeluarkan oleh kedua-dua pihak.

‘Kami tak nampak pula Dayah tabur barang’

Menerusi hantaran yang dimuat naik adik Hidayah iaitu Mohd Zainuddin di Facebook, dia mendedahkan komen jiran arwah Abam yang mendakwa mengetahui apa sebenarnya yang berlaku di rumah Abam. Malah, mereka mendakwa melihat ada beberapa orang lain yang berada di dalam rumah berkenaan.

Kami jiran dah tahu lama perangai dia sebenarnya tapi kami diam tapi sekarang tak boleh diam sebab dia fitnah kakak ipar dia sendiri. Kami tak nampak pula yang Dayah tabur barang, yang kami nampak korang semua memang ada dalam rumah tu, bila Dayah balik korang keluar cepat-cepat. Nampak tak kau berlakon je la, kau ingat kami ni jiran tak nampak ke.

Tidak terhenti di situ, jiran mendakwa sebenarnya Hidayah bukanlah seorang penipu malah dia juga tidak melakukan perbuatan ‘syirik’ seperti yang didakwa sebelum ini.

Dayah tak menipu, tak menggunakan sihir pun. Ali ni memang hati dia berniat buruk. Dia memang nakkan rumah tu, takut orang tuduh dia tamak harta arwah. Dia letak adik dia.

Benda-benda yang Ali dakwa tu adalah perbuatan abang ipar dia. Nak memburukkan Dayah. Rumah tu hak mutlak anak arwah, ingat baik-baik. Jangan sentiasa merancang hal buruk sesama adik bradik, ingat ada yang tahu hal sebenar dan nampak. Netizen tak tahu boleh kau tipu. Kau ingat jiran-jiran ni buta.

Bagaimanapun, sejauh mana kesahihan perkara tersebut belum dapat dipastikan lagi.

“Masa mak hidup.. Bertahun tak jumpa mertua, sampai mak saya cakap mak dah tak hairan, mak tak kisah dah..” Lama pendam, Ali pula dedah apa kata2 ibunya kepada Hidayah

VIDEO

Sumber: theklasik

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *