Pelakon Bront Palarae berpendapat bahawa kejayaan yang diraih Tan Sri Michelle Yeoh yang menembusi senarai pencalonan anugerah berprestij dunia, Oscar baru baru ini boleh dijadikan inspirasi terutama kepada pelakon baharu.
Pun begitu, kata Bront, 44, perkara tersebut bukan menjadi sebab untuk industri hiburan dan lakon layar negara untuk menumpang nama memandangkan Michelle bukanlah hasil daripada produk industri hiburan tempatan.
Ini kerana, aktres berkenaan memulakan karier lakonannya di Hong Kong sehingga berjaya membuka jalan untuknya ke pasaran Hollywood.
“Tiada apa yang industri kita nak banggakan sebab dia bukanlah daripada industri kita. Memang betul dia lahir di Malaysia, tapi dia adalah pelakon Hong Kong.
“Namun pencalonan Michelle boleh memberi inspirasi kepada kita khusus anak muda untuk pack your bag and leave, kerana selalu ada saja peluang di tempat lain. Michelle sudah menunjukkan laluan dan jalan itu dengan lebih jelas.
“Tapi sekiranya anda mahu bertahan di dalam industri tempatan dan memperjuangkannya, juga tak mengapa. Hendry Golding bermula di Malaysia walaupun belum tercalon Oscar,” kongsinya kepada Gempak.
Bront berkata demikian ketika ditemui pada malam gala tayangan filem lakonan terbaharunya berjudul Harum Malam yang berlangsung di ibu kota baru-baru ini.
Dalam masa sama, aktor tinggi lampai turut menjelaskan bahawa Malaysia memiliki bakat-bakat hebat dalam kalangan anak seni tempatan.
Namun sayangnya, tidak semua pihak yang tahu menghargai dan memaksimumkan potensi bakat yang dimiliki tersebut.
“Apa yang jelas, kita tidak ketandusan bakat. Tapi kita ketandusan orang yang pandai menghargai bakat-bakat ini.
“Yang paling susah bukan nak cari perbezaan antara kaca dan permata. Tapi nak cari orang yang pandai menilai mana satu kaca dan permata. Kegagalan ini menjadi sesuatu yang menyedihkan untuk industri,” tambahnya.
Selain Bront, Harum Malam turut dibintangi Remy Ishak, Nadiya Nisaa, Nabila Huda, Amanda Ang, Joey Daud dan Faizal Hussein. Filem ini juga memperkenalkan bakat-bakat muda yang menyinar seperti Idan Aedan, Arnie Shasha dan Angelica Petra.
Harum Malam berkisarkan pergelutan hidup Iqbal, seorang remaja dan pelatih perubatan tradisional yang mampu melihat makhluk ghaib pada mata kasar manusia. Keupayaan luar biasa ini mengakibatkan Iqbal sering diganggu makhluk dan ancaman dari dunia alam ghaib sehingga sukar untuk Iqbal membezakan antara realiti dan ghaib. Satu peristiwa telah menyebabkan rakan-rakan dan keluarga Iqbal terdedah dengan makhluk ghaib yang amat merbahaya. Tanpa mempunyai pilihan, Iqbal terpaksa menggunakan kebolehan istimewa ini untuk melawan makhluk tersebut.
Nama Michelle Yeoh merupakan satu nama yang cukup dikenali di seluruh dunia , seorang pelakon wanita yang sangat berbakat. Nama beliau dikenali setelah membintangi filem -filem aksi Hong Kong , untuk yang belum tahu, Michelle Yeoh merupakan anak kelahiran Malaysia. Jom kita baca biodata michelle yeoh dibawah.
Michelle Yeoh terkenal dengan pelakon wanita yang melakukan aksi stunt di dalam filem tanpa bantuan stuntman, semua scene aksi di dalam filem beliau , di lakukan sendiri oleh beliau.

BIODATA MICHELLE YEOH (2023)~~
Nama sebenar beliau adalah Michelle Yeoh Choo Kheng lahir pada 6 Ogos 1962 di Ipoh , Perak , Malaysia.
Michelle Yeoh dari keluarga Cina tempatan etnik Hokkien dan Kantoni , ayah dan ibu beliau bernama Janet Yeoh dan Yeoh Kian-teik.
Beliau bersekolah rendah di sekolah perempuan iaitu SMK Convent Ipoh sebelum pada umur 15 tahun beliau mengikuti ibu bapa beliau berpindah United Kingdom (UK).
Sejak kecil lagi beliau meminati ballet dan beliau membelajirnya sejak berusia 4 tahun , di UK beliau memasuki Royal Academy of Dance yang menfokuskan pembelajaran dan latihan tarian classical ballet.
Beliau merupakan major in Ballet namun disebabkan kecederaan beliau menghalang beliau dari menjadi penari ballet profesional.
Michelle Yeoh mempunyai seorang anak tiri , anak perkahwinan suami beliau yang sekarang iaitu Jeon Todt , mereka berkahwin sejak 2004.
Michelle Yeoh sudah banyak menerima anugerah sebagai pelakon terbaik di serata dunia, tahun 2023 beliau pertama kali menerima anugerah terbesar dari karier beliau .
kredot: astro gempak