Naim Daniel Ambil Risiko Nyanyi Dalam Tergantung, Habis Persembhan Ini Keadaan Dia Buat Ramai Risau

Kuala Lumpur: “Berani m4ti? memang ya. Tapi saya percaya sebagai orang yang bekerja dalam industri seni saya harus berani untuk ambil risiko.

“Namun bukan bermakna saya ‘membabi buta’ untuk ambil risiko kerana ia datang dengan persediaan secukupnya. Langkah keselamatan tetap diberi keutamaan,”.

Demikian kata penyanyi Naim Daniel, 25, yang akan tampil dengan kejutan tersendiri dalam Anugerah Juara Lagu Ke-37 (AJL 37) menerusi lagu Mainan yang bakal disiarkan secara langsung TV3 dari Axiata Arena, Bukit Jalil, malam ini.

Menurutnya, ia adalah persembahan paling ‘gila’ dan berani mati yang akan dilakukannya pada malam ini.

“Sebagai anak seni, saya ingin terus melakar lebih banyak kejayaan. Alhamdulillah, semua persiapan berjalan lancar.

“Sebenarnya selepas pengumuman peserta final AJL37, esoknya saya dan ‘team’ (pasukan) terus buat mesyuarat.

“Saya beritahu apa visi dan konsep yang saya nak buat dan mujur semua faham dengan apa yang saya mahukan nanti,” katanya.

Naim atau nama sebenarnya, Naim Daniel Baharin berkata, dia mahu mendapatkan kepuasan kerana AJL adalah pentas di mana pengkarya, komposer dan penyanyi cuba untuk menonjolkan karya masing-masing dengan lebih nyata.

“Malah, AJL ini adalah malam di mana artis dapat bercerita mengenai lagu mereka dengan lebih terperinci kepada penonton.

“Walaupun lagu Mainan ini saya jarang nyanyikan secara langsung, tapi saya akan manfaatkan persembahan pada malam ini supaya penonton dapat menerokainya dengan lebih mendalam.

“Saya suka untuk visualkan apa saja kisah disebalik lagu di atas pentas supaya penonton boleh dapat merasainya dengan lebih dekat,” katanya.

Berani betul! Ingatkan skrin rosak, rupanya Naim Daniel menyanyi sambil tergantung dan terbalik

Fuhh power betul Naim Daniel dari mula sampai habis nyanyi tergantung macam tu

Nyanyi Dalam Keadaan Tergantung, Vokal Tak Berubah Tapi Muka Naim Bertukar Jadi Merah Kerana Kekurangan Darah Ke 0tak

“X berubah eh suara dlm keadaan tergntung begitu..” komen seorang netizan

MEMANG lain daripada yang lain!
Itu yang dapat disifatkan mengenai persembahan penyanyi Naim Daniel menerusi persembahan lagu Mainan di pentas Anugerah Juara Lagu ke-37 (AJL37) yang berlangsung pada malam Ahad.
Mana tidaknya, Naim berjaya membuat penonton di Axiata Arena, Bukit Jalil meremang apabila tampil menyanyi secara terbalik dan tergantung sepanjang persembahannya.

Naim sering tampil kelainan menerusi persembahannya.

Memakai pakaian serba putih, Naim turut memberikan persembahan bertenaga ketika menyampaikan lagu ciptaan Firdaus Rahmat, Omar K dan Mas Dewanga itu.

Lirik lagu tersebut pula ditulis oleh Arisz Ab Rahman.

Untuk rekod, ini merupakan kemunculan ketiga Naim di pentas AJL selepas kali pertama berentap menerusi lagu Sumpah pada AJL34 pada 2020.

Ketika itu, Naim tampil berdiri di atas sebiji bola bersaiz agam seperti bumi pada persembahan berkenaan.

Manakala pada AJL36, Naim memberi kelainan dengan duduk di atas katil seperti seorang pesakit jiwa yang juga terapung di udara.

Terdahulu, Naim yang juga dikenali sebagai pelakon pernah dinobatkan juara AJL ke-34 menerusi lagu Sumpah yang berjaya melonjakkan namanya sebagai penyanyi

Apa kata anda? Kongsikan bersama kami

kredit:hmetro, ig naim daniel

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *