Pakai baju sekolah hadir konsert Melly Goeslaw, rupanya latarbelakang wanita ni bukan biasa2

PETALING JAYA – Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin mencuri perhatian orang ramai apabila mengenakan pakaian baju sekolah ketika menghadiri konsert penyanyi dan komposer terkenal Indonesia, Melly Goeslaw malam tadi.

Di dalam satu video perkongsian orang awam, dilihat Tengku Permaisuri Norashikin kelihatan manis mengikuti kod pakaian rasmi iaitu pakaian sekolah yang diwajibkan oleh pihak penganjur konsert berkenaan.

Turut dilihat mencemar duli dalam memeriahkan konsert tersebut ialah Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Di dalam satu video, kelihatan Raja Permaisuri Agong berarak masuk ke Dewan Plenary, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) bersama Tengku Permaisuri Norashikin serta beberapa barisan selebriti lain.

Antaranya ialah, Fattah Amin dan isterinya, Fazura atau nama sebenarnya Nur Fazura Sharifuddin yang dilihat turut memakai pakaian sekolah.

Konsert ‘Ada Apa Dengan Melly?’ (AADM) merupakan konsert pertama Melly Goeslow di Kuala Lumpur yang berlangsung selama dua hari bermula semalam.

Tiket konsert bermula harga RM288 sehingga RM1588 mula dijual pada 2 Disember lalu dan laris hanya dalam masa 24 jam sahaja.

Tangkap layar video orang awam menunjukkan Tengku Permaisuri Norashikin manis mengenakan pakaian sekolah ke konsert Melly Goeslaw.

Melly Goeslaw Bakal Tampil Dengan Konsert Pertama Di Kuala Lumpur

Sebut sahaja nama Melly Goeslaw, tentunya sangat ramai dalam kalangan rakyat Malaysia yang tahu dan boleh menyanyikan lagu-lagunya. Penyanyi berbakat besar dari seberang ini bukan sahaja hebat berkarya untuk lagu yang dinyanyikan olehnya sendiri, malah turut berjaya menghasilkan pelbagai ‘masterpiece’ untuk penyanyi hebat lain.

Berita baik untuk anda, Melly Goeslaw bakal mengadakan konsert pertamanya di Malaysia, Ada Apa Dengan Melly? (AADM) pada 3 Januari 2023 di Dewan Plenary, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).

Konsert AADM pastinya akan dipenuhi dengan lagu-lagu popular nyanyian dan ciptaan Melly yang tentu sahaja akan membuat kebanyakan penonton mengimbau kembali zaman di bangku sekolah.

Tema Pakaian Sekolah

Kesinambungan dengan itu, konsert itu akan tampil dengan konsep tersendiri di mana semua hadirin wajib memakai pakaian bertemakan sekolah sebagai kod pemakaian rasmi.

“Saya sangat gembira mahu adakan konsert ini. Semoga kehadiran saya ke Malaysia kali ini memberikan warna baru untuk industri muzik dan seni pertunjukkan di Malaysia.

“Semua tahap pencapaian saya sebagai seorang manusia, saya sudah capai. Saya sudah jadi isteri, ibu kepada anak-anak, penyanyi dan komposer. Tapi apa yang saya mahu dan belum saya capai adalah untuk dikenang. Saya mahu perjalanan karya saya dikenang apabila saya sudah tiada nanti,” katanya.

Melly berkata demikian pada Sidang Media Konsert Ada Apa Dengan Melly? di Mandarin Oriental Kuala Lumpur, petang Rabu.

Tampil Penyanyi Dari Malaysia?

Mengulas lanjut, Melly juga mengatakan konsert tersebut mungkin akan menampilkan penyanyi dari Malaysia.

“Mungkin konsert itu akan menampilkan penyanyi Malaysia, cuma buat masa ini, pihak kami masih belum dapat mengumumkan siapa,” katanya lagi.

Konsert AADM merupakan pembuka tirai untuk persembahan Melly untuk tahun hadapan yang juga memberi tanda genap 30 tahun kerjayanya sebagai penyanyi.

KOSMO! ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *