Sejak semalam hangat diperkatakan apabila tular video seorang pelakon baru sedang ghairah bercium di sebuah kelab malam.
Difahamkan, video tular di aplikasi TikTok itu dipercayai dimuat naik oleh kekasihnya serta turut meluahkan rasa kecewanya.
Menerusi video itu, wanita berkenaan berkata dia sentiasa bersama aktor tersebut ketika susah senang namun apabila lelaki itu sudah senang ini balasan diterimanya.
Malah, wanita itu turut bertanyakan dimana janji aktor itu yang mahu mengikat tali pertunangan dengannya pada tahun ini.

“Susah senang bersama, bila dah senang, balasan macam ni yang dapat. Mana janji awak nak tunang tahun ni? Ini ke kejutan yang awak nak beri pada saya!”tulisnya.
“Sakit sangat awak balas jasa saya! Kepada perempuan itu, saya harap awak jaga dia macam mana saya jaga okey?” tulisnya.
Memetik portal BOOM, lelaki berkenaan adalah mirip seorang pelakon lelaki baru pelakon yang pernah membintangi siri Leftenan Zana.
Biodata Ameerul Asyraf, Pelakon Drama Syurga Untukmu
Ameerul Asyraf merupakan antara pelakon yang bakal menjayakan drama bersiri Syurga Untukmu, sebuah naskhah arahan Ayie Mustafa.
Syurga Untukmu yang bakal menemui peminat drama melayu menerusi slot Samarinda TV3 antara lain dibintangi Diana Danielle, Fahrin Ahmad, Yuna Rahim,Julia Farhana Marin, Fiza Thomas,
Azza Elite, Noralbaniah, Fazlina Ahmad Daud, Sefik, Rahhim Omar dan Ummar Dzariff.
Biodata
Nama sebenarnya, Ameerul Asyraf Mohammad.
Menggunakan nama komersial, Ameerul Asyraf.
Berumur 28 tahun.
Berkelulusan dalam bidang Teknologi Maklumat (IT).
Bergiat dalam bidang seni sebagai pelakon dan model sejak tahun 2017.
Bakatnya dicungkil daripada pertandingan Mr Planet 2017 yang mengangkatnya sebagai juara.
Antara lakonan beliau termasuk menerusi drama Dendam Aurora, Joni Togo, Syurga Untukmu, Leftenan Zana, Cerita Dalam Kain, Pelangi Cinta dan banyak lagi.
Fakta Menarik
Berfizikal tinggi lampai.
Mula terlibat di pentas peragaan sejak menuntut di universiti yang mana beliau aktif menyertai pelbagai pertandingan peragaan.
Asalnya tidak mempunyai niat bergelar pelakon sehingga laluannya dalam karier itu terbuka selepas sukar mendapat pekerjaan dalam bidang yang dipelajari.
Kriteria wanita idamannya ialah – bijak, bersikap ambil berat dan dapat menerima dirinya serta keluarga khususnya ibu beliau.
Mengimpikan kekasih atau bakal isteri bak Erra Fazira, Neelofa atau Janna Nick!
KREDIT: ROTI KAYA