“Saya Bukan Lelaki ‘Kotor’…” – Nad Zainal Baru Je Berkahwin, Bekas Suami Kongsi Apa Yang Berlaku Kepada Dia

Perkongsian di Instagram Stories milik bekas suami kepada pelakon Nad Zainal, Faliq Amiruddin telah mengundang perhatian netizen.

Menerusi hantaran tersebut, Faliq memuat naik tangkap layar yang mendedahkan dia menerima mesej daripada seorang individu yang tidak dikenali identitinya.

Pada perkongsian itu, individu tersebut dilihat cuba mendekati Faliq dengan mengatakan dia ingin menjadi rakan kepadanya, namun pelawaan itu ditolak oleh ayah kepada dua cahaya mata itu.

“Saya ikhlas, boleh kita jadi kawan?,” soal individu berkenaan sebelum dibalas Faliq dengan emoji sticker pangkah.

Selain itu, individu tersebut turut mempunyai niat untuk menawarkan Faliq hadiah dengan seikhlas hati, bagaimanapun ditolak kerana Faliq tidak mengenali dirinya.

“Saya bukan lelaki kotor,” tulis Faliq pada hantaran tersebut.

Untuk info, Faliq dan Nad Zainal pernah mendirikan rumah tangga pada 18 Disember 2015, hasil perkahwinan mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Fahad Ibrahim, 7, dan Budi Kalsom, 2.

Bagaimanapun, mereka disahkan bercerai pada September 2022, namun enggan berkongsi punca perpisahan.

Pada Januari lalu pula, Nad telah mengejutkan orang ramai apabila mengumumkan sudah bernikah dengan pelakon Ungku Ismail.

“Dah Habis Ke?” – Selamat Bernikah Dengan Ungku Ismail, Netizen Persoal Tempoh Idah Nad Zainal

Walau bagaimanapun, terdapat netizen yang berasa musykil mengenai tempoh idahnya kerana dikatakan terlalu singkat. Eh, ye ke?

Dah habis ke?

Menurut satu video di TikTok, seorang netizen tampil mempersoalkan tempoh idah Nad. Sebelum ini, pelakon filem Juvana itu telah mendedahkan dirinya telah berpisah dengan bekas suami pada September 2022.

Menjengah ke ruang komen, rata-rata warganet memberi pandangan masing-masing mengenai persoalan tersebut. Ada juga antara mereka yang mengatakan bahawa pihak jabatan agama lebih arif sebelum meluluskan permohonan perkahwinan pelakon tersebut.

 

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji sikap Nad Zainal yang tidak menceritakan masalah rumah tangganya kepada umum. Malah, ada juga di antara mereka yang membuat kiraan bahawa pelakon itu sudah selesai tempoh idah iaitu bersamaan tiga kali kitaran haid.

kredit: ohbulan, astro gempak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *