Selalu Tepat, Ini Ramalan Neelofa Siapa Yang Akan Mengungguli AJL Malam Esok

BAHANG Anugerah Juara Lagu ke-37 (AJL37) yang bakal berlangsung pada malam Ahad ini semakin memuncak.

Seperti tahun-tahun sebelum ini, pengacara dan usahawan Neelofa kembali dengan ramalan tentang juara AJL37 memandangkan sudah beberapa kali tekaannya mengena.

Jika pada AJL 36 lalu, ramalan Neelofa sekali lagi tepat apabila lagu Pelukan Angkasa nyanyian Shila Amzah dan SOG diangkat sebagai Juara AJL 36.

Menerusi Twitter miliknya, Neelofa menunjukkan sokongan terhadap Alif Satar yang mempertaruhkan lagu Anugerah Terindah dan Aina Abdul menerusi Terus Hidup.

Meskipun tidak menyebut siapa bakal bergelar juara, namun Neelofa menjangkakan Alif dan Aina bakal mengungguli gelaran juara AJL37.

Neelofa ramalkan Alif Satar dan juga Aina Abdul.

“Another year another prediction! Saya menyokong dan berharap agar Alif Satar akan jadi tiga teratas dalam AJL37. Bakatnya yang serba boleh memang chef’s kiss. Tidak lupa juga, yang hebat, Aina Abdul. Dia juga layak!” katanya.

Ramalan yang dimuat naik ibu kepada Muhammad Bilal itu mendapat perhatian ramai yang rata-rata menyokong pilihan Neelofa.

Malah mereka juga teruja menantikan keputusan AJL37 akan berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil, Kuala Lumpur bermula 9 malam.

Tahun lalu, ramalan Neelofa mengena apabila Pelukan Angkasa nyanyian Shila Amzah serta SOG diangkat sebagai juara AJL36.

Sementara itu, penyanyi nombor satu negara iaitu Datuk Seri Siti Nurhaliza pula menyebut nama Aina Abdul, Marsha dan Ernie Zakri antara finalis yang bakal merebut anugerah vokal terbaik pada malam itu nanti.

TokTi sebut nama Marsha, Aina Abdul dan Ernie untuk vokal terbaik.

Kata Siti atau lebih mesra dengan panggilan TokTi, dia mengakui dirinya kurang mendengar lagu yang akan dipertandingkan membuatkannya sukar untuk meramal siapa bergelar juara AJL37.

“Ada lagu finalis-finalis ini yang kurang familiar untuk saya. Saya tak dengar selalu lagu mereka, jadinya, sebab itu saya tak boleh nak bagi ramalan. Tapi vokal saya tahu. Marsha, Aina Abdul dan Ernie. Ini yang power-power ni. Tiga-tiga ada peluang untuk menang,” katanya.

Tokti berkongsi perkara itu menerusi Live Instagram miliknya.

Sherry Al Hadad dan Jihan Muse pengacara AJL37.

AJL37 menyaksikan 12 lagu terbaik bertanding iaitu Korban nyanyian Ernie Zakri, Kembali Terang (Marsha), Terus Hidup (Aina Abdul), Nang (Iman Troye), Sengsara (Khai Bahar), Irama (Shiha) dan Mainan (Naim Daniel).

Manakala turut mara ke final adalah Anugerah Terindah (Aliff Satar & The Locos), Debu (Dayang Nurfaizah & Amir Masdi), Bahagiakan Dia (Shila Amzah & Liza Hanim), Satu Malam Di Temasik (Joe Flizzow & Sonaone) dan Payung Pelangi (Noki & MK).

Anugerah berprestij ini akan dihoskan oleh Sherry Al Hadad dan Jihan Muse.

AJL 37 janji kemeriahan berganda

Anjakan baharu untuk Anugerah Juara Lagu (AJL).

Itu janji penganjur edisi ke-37 AJL yang bakal disiarkan secara langsung TV3 dari Axiata Arena, Bukit Jalil, di sini, Ahad ini, dalam mengekalkan reputasi program pencarian lagu terbaik tempatan.

Sehubungan itu, kemeriahan berganda menanti penonton termasuk mereka yang membeli tiket untuk menyaksikan acara bertemakan Dimensi Muzik itu di Axiata Arena.

Penerbit AJL Ke-37, Jamil Hassan, berkata AJL 37 bakal memberi kepuasan berbeza selepas acara anugerah itu suram berikutan sekatan akibat penularan pandemik COVID-19, lebih dua tahun lalu.

“Kami akan memberi anjakan baharu terhadap AJL selepas bergelumang dengan pandemik C0 VID-19.

“AJL akan kembali bersiaran bagi edisi kali ini secara besar-besaran. Bagaimanapun, kami tetap patuhi prosedur operasi standard (SOP) mengekang COVID-19,” katanya pada sesi tinjauan persiapan akhir AJL 37 di Axiata Arena, Bukit Jalil di sini, hari ini.

Jamil berkata, persediaan dibuat kali ini lebih besar di mana artis setiap artis diberi kebebasan untuk berkarya tetapi dalam keadaan terkawal.

“Boleh dikatakan setiap artis ada kejutan dalam persembahan,” katanya.

Mengenai sambutan peminat, Jamil berkata, pihaknya berpuas hati apabila tiket yang mula dijual pada 23 Januari lalu, habis dalam tempoh beberapa jam.

“Saya bersyukur dengan sambutan peminat muzik tempatan. Ini bermakna harapan mereka untuk AJL kali ini sangat tinggi.

“Bagaimanapun, jualan tiket ini bukanlah bermotifkan kepada keuntungan semata-mata. Kami mahu beri kepuasan kepada semua penonton,” katanya.

Pada AJL 37, seramai 12 finalis berentap antaranya Aina Abdul yang mempertaruhkan lagu Terus Hidup ciptaan beliau sendiri dan Ernie Zakri yang menepati ramalan apabila lagu Korban nukilannya, mara ke pentas akhir.

Selain itu, lagu Bahagiakan Dia ciptaan penyanyi muda, Alif Iskandar dengan lirik dihasilkan Alif dan Que Afiq. Lagu ini dinyanyikan secara duet oleh Shila Amzah dan Liza Hanim.

Sembilan lagi lagu yang layak ke AJL 37 ialah Suatu Malam Di Temasek dendangan Joe Flizzow dan SonaOne ciptaan SonaOne dengan lirik dihasilkan SonaOne dan Joe Flizzow; Anugerah Terindah (Alif Satar & The Locos/ciptaan Alif Satar, Romeo, Tam Cobain, Arwis/lirik Alif, Shah Shamshiri dan Romeo); Debu (Dayang Nurfaizah, Amir Masdi/ciptaan Mas Dewangga, Jova Devito, Firdaus Rahmat, Mike Chan, Karim Karam, Acap Salim).

Turut bersaing, Kembali Terang (Marsha Milan/ciptaan Senna dan Ajin/lirik Senna); Nang (Iman Troye/ciptaan Ezra Kong dan A Ramle) serta Payung Pelangi (Noki, MK/ciptaan dan lirik Noki, MK).

Tidak ketinggalan, Sengsara (Khai Bahar/ciptaan Johm Reeves, Firdaus Rahmat dan Omar K); Irama (Shiha Zikir/ciptaan Qie Hugh, Firdaus Rahmat dan John Jeeves) dan Mainan (Naim Daniel/ciptaan Firdaus Rahmat, Omar K dan Mas Dewangga/lirik Arizs Ab Rahman).

AJL 37 julung kali menggandingkan dua hos wanita, Sherry Alhadad dan Jihan Muse bagi mengemudi acara itu.

kredit: mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *