Kumpulan pelawak, UBI yang terdiri daripada Fad, Sharif, dan Namie kini tampil dengan rancangan komedi terbaharu di Astro Warna iaitu UBI SUPERSTAR LIVE.
Bukan itu sahaja, mereka turut menampilkan dua pelawak terkenal iaitu Shuib dan Ajak dalam rancangan tersebut.
Susulan itu, ramai netizen yang mempersoalkan Shuib mengenai status terkini kumpulan Sepahtu.
Tampil memberi penjelasan, Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhammad menegaskan dia tidak pernah mengeluarkan kenyataan mengatakan dirinya sudah keluar dari kumpulan Sepahtu.
Saya tak pernah declare dan tak pernah cakap pun yang saya dah keluar kumpulan Sepahtu.
Malah, pelawak berusia 38 tahun itu berkata dia masih bersahabat baik dengan ahli kumpulan tersebut dan tidak mempunyai apa-apa masalah dengan mereka.
Ada rezeki saya akan ke sana juga. Sebab tu bila dengan UBI ni seperti angin baru. Apa salahnya saya buat.
Dalam pada itu, Shuib turut memaklumkan dia masih terbuka menerima jemputan untuk membuat program Sepahtu Reunion bersama mereka.
Boleh join radio & program lain, tapi bukan dengan Sepahtu
Menjengah ke ruangan komen posting yang dibuat Shuib, ramai yang berasa kurang senang apabila dia terlibat dalam program yang bukan bersama Sepahtu.
Para peminat kumpulan tersebut kebanyakkannya meluahkan rasa kecewa dan ada diantara mereka meminta agar Shuib tidak lagi menggunakan nama ‘Sepahtu’.
Buang jela nama Sepahtu tu, fans kecewa

Kesian Jep, siap pujuk
Terdahulu, pelawak Jep meminta peminat untuk berhenti berharap agar kumpulan Sepahtu kembali bersama dan mengatakan dia sudah puas memujuk ahli kumpulan lain untuk meneruskan Sepahtu, namun terpaksa akur dengan keputusan mereka..
Untuk rekod, Shuib telah mengumumkan mahu berehat dari Sepahtu Reunion live pada 2020. Namun, dia ada membuat ‘comeback’ dalam satu episod program tersebut beberapa bulan selepas pemergian Allahyarham isterinya, Siti Sarah Raissuddin.
Walau bagaimanapun, dia nekad untuk tidak lagi bersama program tersebut apabila mengatakan yang pihak produksi sudah tahu alasannya dan dia enggan memanjangkan isu tersebut.
SUMBER : Gempak