Syafiq Yusof Jawab Jika Keluarga Syamsul Dah Berjumpa Ira Kaza

Kemelut rumahtangga pasangan pelakon Syamsul Yusof dan isterinya, Puteri Sarah nampaknya masih belum menemui jalan penyelesaian.

Terbaru! Menerusi laporan Gempak, adik kepada Syamsul, Syafiq Yusof memberitahu yang dia masih belum berjumpa dengan Ira Kaza iaitu isteri kedua abangnya.

Syafiq juga mengatakan yang dia tidak pasti sama ada ibu dan bapanya telah berjumpa dengan Ira ataupun belum.

Saya tak ada jumpa dia (Ira Kazar) dan saya juga tidak pasti pula dengan ibu dan ayah. Sebenarnya kalau boleh, hal yang melibatkan keluarga ini saya rasa biar kekal sebagai hal peribadi keluarga.

Bagaimanapun saya faham, kami datang daripada keluarga seni jadi kami terpaksa terima bila jadi perhatian.

Tapi, apa pun, sesiapa boleh fikir dan tahu yang tak semua perkara dalam internet itu benar. Ada yang bercampur, dan ada juga kebanyakannya mungkin fitnah.

Bukan tu jer, adik kepada Syamsul Yusof itu juga memaklumkan yang dia sudah lama tidak berjumpa dengan abangnya dan kali terakhir adalah pada hari raya tahun lepas.

Apapun, doakan yang baik-baik buat Syamsul Yusof, Puteri Sarah dan juga Ira Kazar. Kita sebagai orang luar ni janganlah jadi batu api, biarlah mereka selesaikan sesama sendiri.

Kredit: Gempak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *