Lebih 30 tahun berada dalam industri seni, penyanyi Zaiton Sameon mengakui kehidupannya kini berkait rapat dengan lagu-lagu popular yang pernah dinyanyikan olehnya sebelum ini.
Menurut Zaiton, 67, lirik yang dinyanyikan dalam beberapa lagu itu seolah-olah menggambarkan kisah dvka perjalanan hidupnya.
“Saya sangat terharu dengan perhatian orang ramai tetapi tidak boleh men4ngis. Sudah tidak ada air mata lagi untuk men4ngis.
Zaiton akui tiada lagi air mata untuk men4ngis.

“Lagu-lagu saya semua ada kena mengena dengan hidup saya kan? Berendam Airmata, Menaruh Harapan dan Diriku Yang Tersingkir,” katanya kepada mStar.
Mengimbau detik hitam kemal4ngan yang menimpanya kira-kira 32 tahun yang lalu, Zaiton berkata dia tidak pernah meminta mana-mana bantuan daripada persatuan artis.
Sepanjang tempoh itu juga tiada mana-mana pihak yang mengambil tahu mengenai kebajikannya sebagai seorang anak seni.
“Sepatutnya mereka ambil tahulah tentang perkembangan saya kan?
“Kenapa sewaktu saya di hospital masing-masing berebut datang, tetapi selepas saya keluar hospital, tiada sebarang bantuan diberikan,” ujarnya.
Apa yang membuatkan Zaiton lebih sedih apabila ada pihak mend4kwa dia sudah tidak boleh menyanyi lagi.
Malah kenyataan itu dikeluarkan sendiri oleh rakan artis seangkatannya.
“Ada individu yang membawa mulut memberitahu penganjur bahawa saya kini sudah tidak boleh menyanyi dan dikatakan ‘l4lok’.
“Saya masih lagi boleh menyanyi, mengingati lirik, malah mengaji pun masih boleh membaca dengan tajwid yang betul,” katanya.
Zaiton kini merupakan pemegang kad OKU.
Pada 14 November tahun lalu, Zaiton menerima kad Orang Kurang Upaya (OKU) daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) selepas disahkan mengalami Traum4tic Brain Injuries atau Tr4uma Kecederaan Otak berikutan kemal4ngan ng3ri yang hampir mer4gut nyawanya pada 1990.
Dalam kemal4ngan itu, anaknya iaitu Azirwan Abu Bakar terk0rban dalam nah4s tersebut.
‘Saya tak gil4, saya masih ingat lirik dan boleh memandu’ – Zaiton Sameon
“Saya balik kampung semua orang cakap saya gila. Saya gila ke? Saya tak gila. Saya cakap kalau saya gila, saya dah bunuh orang. Saya masih ingat lirik dan boleh memandu.”
Demikian luahan penyanyi veteran Zaiton Sameon ketika ditemui pada majlis penyerahan Kad Orang Upaya (OKU) dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Wilayah Persekutuan, baru-baru ini.
Zaiton, 66, jelas kecewa dan sedih dengan tanggapan negatif masyarakat terhadapnya.
Dia juga sedih apabila ada artis seangkatannya ‘tikam belakang’ apabila menjaja cerita kepada penganjur mengatakan dia tidak boleh menyanyi.
“Dia bawa mulut kepada penganjur kata berkenaan perkara ini. Saya masih boleh menyanyi sampai sekarang. “Siapa yang tak sedih bila dikata begitu. Katanya saya ‘lalok’. Insya Allah saya masih boleh ingat lirik. Malah mengaji pun saya masih ingat tajwid.
“Saya juga terkilan kerana tiada tawaran menyanyi langsung dari mana-mana pihak untuk kempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15). Tahun-tahun sebelum ini ada juga dipanggil,” katanya.
Pegawai Pembangunan Masyarakat Jabatan Kebajikan Masyarakat Wilayah Persekutuan, Norfarhani Zakaria yang turut berada di situ memujuk Zaiton apabila menjelaskan dia bukan gila tetapi mengalami kesan fizikal.
“Saya melihat borang, doktor menjelaskan Zaiton Sameon dikategorikan sebagai OKU Fizikal: Traumatic Brain Injuries (Trauma Kecederaan Otak).
“Zaiton bukan mengalami masalah mental. Cuma kadar ingatannya tak sama macam orang lain. Kalau kenangan lama yang dia buat, dia takkan lupa,” katanya.
Penyerahan Kad OKU yang berlangsung di ibu pejabat JKM Wilayah Persekutuan, di sebuah hotel di ibu negara dibuat oleh Pengarahnya, Che Samsuzuki Che Noh.
Ia membolehkan Zaiton layak memohon untuk menduduki rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) di sekitar Kuala Lumpur.
Penyanyi lagu Menaruh Harapan kini tinggal bersama anak angkatnya Che Sikah Ismail atau Ikah dengan menyewa rumah di Bukit Indah, Ampang dengan kadar sewa RM800 sebulan .
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Sumber : mstar.com.my