Warganet minta Mas Idayu komen tentang persembahan Juara AJL37, Aina Abdul, ini reaksi padu Mami

Biarpun sudah 2 minggu berlalu, acara berprestij tahunan TV3 Anugerah Juara Lagu ke-37 (AJL37) masih lagi hangat diperkatakan dalam kalangan warganet.

Terbaharu, tular sebuah video di TikTok di mana segelintir warganet meminta penyanyi Mas Idayu memberi komen tentang persembahan Juara AJL37, Aina Abdul ketika dirinya sedang membuat live bersama anaknya, Dayini.

Menurut Mas Idayu, dia enggan memberi sebarang ulasan mahupun komen tentang kerja seseorang yang tidak melibatkan dirinya apatah lagi apabila dia tidak menonton program tersebut.

“Kita AJL pun tak tengok haritu. AJL hari tu pun kita tak ada, macam mana nak komen. Saya tak akan komen kerja orang lain yang tak ada kena mengena dengan saya daripada dulu. 33 tahun dalam industri saya bukan macam tu,” katanya.

Hasil tinjauan di ruangan komen, rata-rata netizen memuji sikap profesional penyanyi itu yang memberi respons secara baik biarpun enggan mengulas perkara tersebut.

Malah, perkongsian tersebut juga telah meraih perhatian dalam kalangan netizen selepas melihat kemesraan dan kelembutannya ketika bertutur bersama puteri kesayangannya, Dayini.

kredit: xtra

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *