Pelawak Ali Puteh menggunakan segala yang ada untuk menyelesaikan tunggakan bayaran saman sebanyak RM60,000 kepada Siti Norhidayah.
Memetik laporan Harian Metro, Ali berkata, sudah lebih kurang enam bulan dia tak ada ‘job’ dalam bidang seni disebabkan isu keluarga yang dihadapinya.
Disebabkan itu, dia mempunyai kesukaran untuk membayar saman sehingga menyebabkan rumah pusaka arwah ibunya disita.
Saya kesal sebab saya bukan penjen4yah, di mana saya digari dan dimasukkan dalam penj4ra, sebaliknya ini hanyalah urusan keluarga tidak membabitkan jen4yah, jadi saya pelik sampai begini kerjaya saya terganggu.
Ali kini berniaga di media sosial untuk membayar kepada Hidayah secara pukal di mana proses pembayaran akan dibuat sebelum Hari Raya Aidilfitri.

Usaha bayar s4man RM60,000
Mengenai isu rumah arwah ibu yang disita pula, Ali atau nama sebenarnya Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan berkata, dia tak boleh menyerahkan rumah itu kepada Hidayah.
Kalau selepas kami bayar pun dia mahu ambil rumah arwah emak saya itu, tidak tahulah. Kita sudah bayar, dia nak apa lagi?
Sedangkan dia minta kami bayar sebab kami tak bayar saman lagi dan sebab itu ia disita.
Tapi kami pelik bukannya sita harta saya sebaliknya harta arwah emak saya
Selepas berbincang dengan adik beradiknya, pihaknya akan berusaha menyediakan bayaran saman untuk menyelamatkan rumah pusaka tersebut.
Pelawak ini berharap isu tak lagi berpanjangan apabila bayaran selesai dibuat kelak.
Kredit: Harian Metro