Susulan pendedahan pelakon Diana Danielle mengenai anak keduanya, Nur Aurora, 8, trauma sehingga membuatkannya tidak mengizinkan suami, Farid Kamil daripada bertemu anak-anak, adik kepada aktor itu, Fadzil Zahari tampil melontarkan pertanyaan kepada aktres tersebut berhubung isu berkenaan.
Menerusi ruangan komen di Instagram Hlive, Fadzil memberikan pertanyaan tersebut di atas perkongsian video Diana ketika dikeremuni wartawan sebaik selesai prosiding perbicaraan kes permohonan cerai yang berlangsung di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Shah Alam pada pagi Selasa.
“Trauma sebab apa?” tanya Fadzil.

“Keluarga Pun Terkejut Rumah Tangga Farid, Diana Bergolak” – Fadzil Zahari
Adik kepada Farid Kamil iaitu Fadzil Zahari berharap abangnya dan Diana Danielle dapat menyelesaikan masalah rumah tangga mereka dengan baik.
Memetik BH Online, Fadzil berkata abangnya dan Diana akan memulakan proses rundingan di bawah Jawatankuasa Pendamai (JKP) bagi menyelesaikan kemelut rumah tangga mereka hari ini.
“Saya berdoa mereka capai kata sepakat dan kata putus terbaik. Kita tak boleh dengar antara dua pihak sahaja, kita kena pertimbangkan keadaan anak-anak juga. Jadi, apa sahaja keputusan, harus ambil kira semua perkara,” katanya.
Sementara itu, Fadzil yang juga suami kepada pelakon Yana Samsudin mengakui terkejut mendapat tahu mengenai kemelut rumah tangga abangnya itu menerusi media.
“Kami baca berita itu pun, kami terkejut. Jadi, kita hendak tanya tuan badan. Kita pun tidak tahu macam mana. Usahkan orang ramai terkejut dengan berita ini, kami sekeluarga pun sama. Sebab tiada apa-apa tanda atau bayangan.
“Jadi kami sampaikan kepada emak sahaja yang menghubungi Kamil agar dia bersabar dan tabah… Kami sentiasa doakan dia,” katanya.
Dalam pada itu, Fadzil berkongsikan kali terakhir dia berjumpa abangnya itu sebulan lalu. Ujarnya lagi, dia dan Yana sentiasa memberikan positif kepada Farid diatas apa yang berlaku.
“Pada pertemuan itu, kami sembang biasa sahaja. Apa yang kami boleh buat, kami sokong dia. Seperti baru-baru ini, dia cakap dia rindu anak-anak. Sebagai adik, saya dan Yana beri kata-kata positif agar dia bersabar,” katanya.
Farid Kamil Beri Respon Mengenai Dakwaan Aurora Trauma Dan Dihalang Jumpa Anak
Menurut laporan Harian Metro, Farid Kamil pula diminta untuk mengulas dakwaan Diana mengenai anak bongsu mereka itu.
Saya tidak tahu apa yang Aurora trauma kerana hubungan saya dengan anak-anak rapat sebagai ayah dan anak.
Bahkan Farid juga tidak tahu kenapa dia dihalang untuk berjumpa dengan kedua-dua anaknya itu sejak lebih 20 hari lalu.
Adakah kerana saya bertanya soalan peribadi yang menyinggung perasaan dia (Diana)? Saya tidak tahu kenapa saya dihalang dari berjumpa anak-anak dan itu kena tanya Diana.
Diana sebelum ini tidak mahu menjawab kenapa punca kenapa anaknya trauma apabila ditanya pihak media.
Malam tadi pula, Farid menegaskan yang dia mempunyai bukti bergambar mengenai orang ketiga dalam kemelut rumah tangganya itu.
Apapun, semoga yang baik-baik saja untuk mereka berdua ini.
Kredit: Harian Metro