“I kesian tgk dia nangis sorang2 dlm toilet sebab baru lepas kena bvli”-Cikgu Dan Rakan Sekolah Tampil Cerita Sikap Sebenar Uqasha Senrose

Baru-baru ini, seorang wanita di Twitter secara tiba-tiba mendakwa dirinya pernah dibuli pelakon wanita, Uqasha Senrose sewaktu sekolah menengah.

Tidak berdiam diri, Uqasha yang perlu berhadapan dengan serangan ke atas suaminya, Kamal Adli baru-baru ini terpaksa tampil menafikan dakwaan wanita terbabit.

Uqasha berkata, segala tuduhan itu adalah fitnah dan meminta individu terbabit menunjukkan bukti jika benar dirinya dibuli 15 tahun lalu.

Uqasha Senrose tidak keseorangan. Kawan dan cikgu tampil cerita sikap sebenar…

Susulan itu, isu terbabit telah menjadi besar hingga beberapa rakan serta cikgu sekolah Uqasha tampil ke hadapan untuk menjawab tuduhan yang telah dilemparkan oleh individu berkenaan.

Menurut rakannya, dia mula berkawan dengan Uqasha sejak menemuinya sedang menangis di dalam tandas akibat dibuli.

Kredit: Twitter

Nama Kena Petik, Uqasha Senrose Kesal Tiba-Tiba Difitn4h Rakan Sekolah

Ketika diri sedang bersedih dengan insiden di Singapura, nama pelakon Uqasha Senrose panas pula dengan dakwaan membuli seorang rakan sekelas di sekolah menengah.

Dakwaan itu dibuat seorang pengguna Twitter yang berkata apa yang berlaku pada Uqasha adalah balasan di atas perbuatan lampau.

Uqasha Senrose dituduh membuli

Selepas 15 tahun berlalu, individu itu berkata dia masih tak dapat memaafkan Uqasha yang didakwa telah menyebabkan dirinya trauma. Tuduhan yang dibuat individu tersebut membuatkan nama Uqasha trending di carian Twitter.

Tak berdiam diri, isteri kepada Kamal Adli dilihat menjawab kepada tuduhan yang dibuat. Jelas Uqasha, dalam keadaan masih terkejut dan trauma dengan kejadian di Singapura, tiba-tiba dia difitnah membuli pula.

Aktres ini berkata, pihak polis akan membuat siasatan lanjut berhubung fitn4h yang dibuat.

Kredit: Twitter Uqasha Senrose

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *