Isteri Musa Hassan fail permohonan cer4i, tak sangka ini alasan yang diberikan

Shah Alam: Pergolakan rumah tangga bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan semakin meruncing selepas isterinya memfailkan permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah di sini, hari ini.

Isterinya, Puan Sri Elly Afizahwati Abdul Jalil, 42, berkata, permohonan cerai itu difailkan kerana faktor shiqaq atau perbalahan berpanjangan dengan Musa yang dikahwininya sejak 10 tahun lalu.

Beliau hadir bersama peguam syarie, Datuk Hazizah Kassim dan Noorulhuda Daud mengemukakan permohonan cerai mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Selangor) 2003.

“Tan Sri pun sudah keluar rumah kelamin sejak enam bulan lalu. Selepas tuntutan cerai ini saya akan memfailkan tuntutan hak jagaan dan nafkah anak saya yang berusia lapan tahun,” katanya ketika ditemui di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam, di sini, hari ini.

Mahkamah menetapkan 11 Mei untuk sebutan semula kes.

ELLY Afizahwati memfailkan permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah di sini, hari ini. FOTO Eizairi Shamsudin

Musa Hassan kongsi 5 ciri isteri derhaka

Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berkongsi lima ciri-ciri isteri derhaka pada suami menerusi ciapannya di Twitter hari ini.

Katanya, salah satu ciri isteri derhaka adalah tidak mensyukuri kebaikan dilakukan suami dan suka menyakiti hati suami.


Lima ciri isteri derhaka yang dikongsikan di Twitter Musa hari ini.
“Ciri yang lain adalah melayani lelaki lain tanpa pengetahuan suami, keluar rumah tanpa izin suami dan meminta cerai dari suami,” ciapnya.

Dalam pada itu, menjengah ke ruangan komen, pelbagai reaksi diberikan orang ramai temasuklah mereka yang turut mendoakan perkara yang baik-baik sahaja buat bekas Ketua Polis Negara itu.

“Semoga dipermudahkan segala urusan kebaikan Tan Sri. InsyaAllah kita fikir positif sahaja, dan doakan kebaikan untuk semua. Harap semua janganlah simbah api lagi,” komen Kamaruddin.

“Sentiasa bersangka baik dengan suami dan isteri itu yang terbaik. Semoga kita semua sentiasa dalam rahmat serta lindungan Allah,” ciap pengguna yang lain pula.

Sehingga kini, ciapannya telah mendapat lebih 140,000 bacaan

Untuk rekod, pasangan itu berkahwin pada 2 Ogos 2013 dan dikurniakan seorang anak lelaki.

Terdahulu, tiga klip video berdurasi sembilan saat, 56 saat, dan 10 saat dimuat naik pengguna Twitter memaparkan pertelingkahan antara sepasang suami isteri yang turut disaksikan seorang kanak dalam rakaman itu.

Susulan itu, Musa dalam satu ciapan di Twitter meminta orang ramai supaya menghormati privasi dan tidak mencampuri urusan keluarganya susulan penularan vide berkenaan.

Polis mengesahkan, membuka kertas siasatan berhubung kejadian membabitkan Musa dan isterinya selepas rakaman video pertelingkahan itu tular.

kredit: kosmo

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *