“Mana Si Dia…,” – Tak Nampak Figura Syamsul Rai Hari Lahir Anak Perempuan, Ramai Tersentuh Dengan Kata2 Datin Patimah

Kuala Lumpur: Ibu pengarah Syamsul Yusof, Datin Patimah Ismail mengharapkan hubungan baiknya dengan besan juga ibu bapa menantunya, pelakon Puteri Sarah Liyana terus baik dan rapat sehingga ke akhir hayat.

Patimah dilihat antara yang memberi komen pada hantaran beberapa gambar yang dimuat naik Puteri Sarah di Instagram dengan kapsyen, Ramadan merapatkan silaturrahim berserta dua emoji hati berwarna putih dan tanda pagar iaitu #ramadhan2023, #sumayyahbirthdaycelebration.

“Ya Allah, semoga silaturahim ini sehingga ke akhir hayat. Amin. Happy Birthday Puteri Sumayyah,” tulisnya.

Rata-rata netizen terharu dan memuji sikap baik Patimah yang sentiasa bersama-sama Puteri Sarah sebagai pemangkin semangat kepada wanita itu untuk bangkit serta berjuang demi dirinyw dan anak-anak.

Kebanyakan netizen juga menyifatkan Puteri Sarah sangat bertuah dan beruntung kerana memiliki ibu bapa mentua seperti Patimah dan suaminya iaitu penerbit filem, Datuk Yusof Haslam yang tanpa jemu menyokong segala tindakan menantunya itu.

Tidak hanya komen Patimah saja menjadi perhatian ramai, namun kebanyakan netizen juga meluahkan rasa kesal dan terkilan kerana majlis berbuka puasa yang disusuli dengan sambutan hari jadi keempat Sumayyah itu tidak dihadiri Syamsul.

“Birthday anak pun tak ada. Hummm aku jarang tau komen-komen ni, tapi benda kait dengan anak aku memang sensitif,” tulis seorang netizen.

“Manalah si Syamsul ni. Birthday anak pun kau tak tunjuk muka,” tulisnya seorang wargamaya lagi.

Sementara itu, usaha Harian Metro mendapatkan penjelasan lanjut daripada Puteri Sarah tidak berhasil apabila kiriman mesej WhatsApp dan panggilan telefon tidak dijawab.

“Mana Si Dia…,” – Tak Nampak Figura Syamsul Rai Hari Lahir Anak Perempuan, Ramai Tersentuh & Puji Silaturrahim Besan

urut kelihatan ialah ibu bapa Puteri Sarah, Megat Kamaruddin dan Paridah Puteh bersama mentuanya, Datuk Yusof Haslam dan Datin Patimah Ismail serta beberapa ahli keluarga lain.

Bagaimanapun, kelibat Syamsul Yusof tidak pula kelihatan menerusi foto yang dimuat naik.

Sekaligus, peminat di ruangan komen hantaran tersebut mempersoal perkara itu memandangkan ia sambutan hari lahir anak bongsunya.

Malah tak kurang yang memuji silaturrahim besan yang dilihat saling menyokong di antara satu sama lain.


Ini antara komen yang ditinggalkan peminat;

“You should be thankful and proud like really really proud of yourself. Mentua macam ni memang one in a million and you are the chosen one. Salam Ramadan.”

“Mana si dia yang kononnya nak berdamai face to face seperti yang diucapkan dalam pc tu? Ada datang majlis ke tidak? #sekadarbertanya.”

“Untung you Sarah dikelilingi orang yang sayang you.”

“Dikasihi keluarga satu nikmat yang tak semua orang boleh rasa. Syukur alhamdulillah.”

Sementara itu, Datin Patimah turut memuat naik foto Sumayyah ketika masih bayi di Insta Stories sambil memanjatkan rasa syukur kerana cucunya kini genap empat tahun.

Pada Jumaat lalu, sesi Jawatankuasa Pendamai (JKP) membabitkan pasangan Syamsul dan Sarah di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) gagal mencari jalan penyelesaian apabila Puteri Sarah tetap dengan keputusan untuk bercerai.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *