Netizen Suka Watie Pakai Sopan, Tak Sangka Ini Respon Ibu Shuib

Hubungan istimewa pelawak Shuib dan usahawan Watie Hanifiah nampaknya masih menjadi sebutan sehingga ke hari ini.

Sebelum ini, Watie menerima teguran kerana dikatakan berpakaian terlalu ketat mengikut bentuk tubuh.

Terbaru, ibu Shuib iaitu Salamiah Jalani mengundang perhatian ramai apabila memuat naik video bersama Watie di laman TikTok.


Menerusi video yang dikongsi, Salamiah dan bakal menantunya itu dilihat membuat lip sync lagu Kurangnya Apa daripada penyanyi, Arief.

Apa yang menjadi perhatian netizen adalah penampilan Watie yang dilihat lebih sopan dan manis bertudung bawal putih.

Netizen berpendapat gaya seperti itu lebih cantik berbanding pemakaian ketat yang sering digayakannya sebelum ini.


Membalas kepada komen netizen, ibu Shuib memohon Watie diberikan masa memandangkan dia baru belajar berhijab. Sudah tentu ianya tak sempurna tetapi boleh dididik secara perlahan-lahan.

Sepintas lalu,

Watie adalah salah seorang ahli perniagaan atau usahawan dalam produk kecantikan. Dia yang kini semakin dikenali di media sosial sering aktif berkongsi kepada masyarakat dengan produknya.

Sifatnya yang sederhana dan ramah mesra, membuatkan ramai para peminat yang mengikuti perkembanganya di media sosial.

Sifat dan tingkah lakunya yang penyayang dan baik hati membuat raut wajah dirinya sentiasa kelihatan tenang dan sabar dalam menghadapi apa sahaja dugaan dan cabaran.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *