Tular rakaman suami isteri berg4duh, rupanya ini punca sebenar kenapa bekas ketua polis negara dipkul isterinya

Sejak semalam, tular satu rakaman video mempamerkan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan didakwa bergaduh dengan isteri keduanya. Rakaman itu tersebar di media sosial namun tuan empunya badan berpesan kepada orang ramai untuk tidak masuk campur urusan peribadinya.

Dalam pada itu, peguam yang mewakili beliau telah pun ke balai polis untuk membuat laporan tentang video perbalahan yang berlaku dan tular di internet. Ahmad Faruq Sidik daripada tetuan Hisham & Partners telah membuat laporan bagi pihak anakguamnya dan mendedahkan apa sebenarnya yang berlaku.

Kejadian itu disahkan berlaku di rumah isterinya di Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur ketika beliau ke sana untuk berikan wang perbelanjaan dan membeli buku anaknya di sekolah.

Beliau telah datang berjumpa isteri beliau bernama Elly Efizahwati Binti Abdul Jalil, bertujuan ingin berjumpa isteri dan anak beliau serta menyerahkan wang sebanyak RM5,000.00 untuk perbelanjaan dan juga membeli buku anaknya di sekolah.”

Menurut laporan yang dibuat, ketika Musa sampai di rumah, isterinya itu meluahkan rasa tidak puas hati kerana telah menerima surat daripada peguam syariah. Wanita itu kemudian keluarkan telefon dan merakam video tanpa tujuan yang pasti meskipun telah dilarang menyebabkan Musa merampas telefon tersebut.

Disebabkan itu, isterinya mengambil sebatang kayu dan memukul Musa sehingga jatuh terduduk dan kemudian mendapatkan rawatan di Pusat Rawatan Universiti Malaya.

Isterinya membuat laporan polis dengan dakwaan dipukul suami

Menurut sumber, isteri kedua itu telah membuat laporan polis dan mendakwa telah dipukul suaminya.

Wanita itu membuat laporan di Balai Polis Taman Tun Dr. Ismail (TTDI) pada jam 8 semalam. Wanita itu dipukul di bahagian kepala dan belakang lehernya. Punca pergaduhan dipercayai berpunca daripada isu harta dan nafkah.

Manakala bekas polis itu juga membuat laporan polis yang menyatakan beliau dipukul menggunakan helmet.

VIDEO

 

‘Ini masalah (privasi) keluarga, jangan ada masuk campur’ – Musa Hassan

Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan memberi peringatan agar orang ramai tidak membuat spekulasi dan mencampuri urusan membabitkan keluarganya. Ujarnya, individu yang berbuat demikian akan berdepan dengan tindakan undang-undang.

“Ini adalah masalah privasi keluarga. Jangan ada yang masuk campur. Jika ada yang membuat spekulasi akan berhadapan dengan tindakan undang-undang,” katanya dalam ciapan di Twitter, pada Selasa.

Tular di media sosial sejak awal Selasa, tiga klip video pendek yang memaparkan pertelingkahan membabitkan seorang lelaki dan wanita serta seorang kanak-kanak lelaki.

Namun, tiada pengesahan perbalahan itu membabitkan diri atau keluarga beliau. Seorang pengguna Twitter turut menyuarakan kekhuatiran terhadap nasib kanak-kanak dalam video terbabit yang mungkin berdepan trauma.

Pesanan & Nasihat Dari Tan Sri Musa Hassan..
Bekas Ketua Polis Negara..

Musa Hassan kongsi 5 ciri isteri derhaka

Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berkongsi lima ciri-ciri isteri derhaka pada suami menerusi ciapannya di Twitter hari ini.

Katanya, salah satu ciri isteri derhaka adalah tidak mensyukuri kebaikan dilakukan suami dan suka menyakiti hati suami.

Lima ciri isteri derhaka yang dikongsikan di Twitter Musa hari ini.

“Ciri yang lain adalah melayani lelaki lain tanpa pengetahuan suami, keluar rumah tanpa izin suami dan meminta cerai dari suami,” ciapnya.

Dalam pada itu, menjengah ke ruangan komen, pelbagai reaksi diberikan orang ramai temasuklah mereka yang turut mendoakan perkara yang baik-baik sahaja buat bekas Ketua Polis Negara itu.

“Semoga dipermudahkan segala urusan kebaikan Tan Sri. InsyaAllah kita fikir positif sahaja, dan doakan kebaikan untuk semua. Harap semua janganlah simbah api lagi,” komen Kamaruddin.

“Sentiasa bersangka baik dengan suami dan isteri itu yang terbaik. Semoga kita semua sentiasa dalam rahmat serta lindungan Allah,” ciap pengguna yang lain pula.

Sehingga kini, ciapannya telah mendapat lebih 140,000 bacaan.

Sumber: thetular

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *