Lelaki misteri ganggu hidup Nazrief Nazri, tak tenang setiap hari telefon ajak buat hubungan s0ngsang

PELAKON Nazrief Nazri terkejut apabila menerima panggilan misteri daripada seorang lelaki yang mahu mengajaknya melakukan perbuatan terkutuk.

Nazrief atau Mohamad Nazrief Mohamad Nazri, 32, berkata, individu tidak dikenalinya itu sering menghubunginya sejak dua minggu lalu melalui nombor perniagaan takaful yang ditinggalkan di media sosial.

“Mula-mula dia macam nak ambil polisi insurans dengan saya, bila dah sembang-sembang lepas tu dia dah cerita lain pula,” katanya ketika dihubungi mStar.

Nazrief mendedahkan perkara itu di Instastory miliknya.

Menurut pelakon drama Cemburu Seorang Perempuan itu, lelaki berkenaan menghubungi setiap hari semata-mata mahu mengajaknya melakukan hubungan seks luar tabie.

Bagaimanapun selepas mendengar suara isterinya yang menjawab panggilan itu, lelaki berkenaan tidak berani untuk meneruskan perbualan dan segera memutuskan panggilan telefon.

“Lepas tu dia mula berani minta seks oral dan ajak untuk melakukan seks. Mula-mula saya layan dengan mengutuk dan memaki, sampailah dia putuskan panggilan.

“Ada sekali tu, dia telefon lagi tapi waktu tu saya sedang tidur. Isteri saya yang jawab, namun apabila dia mendengar suara perempuan, terus dia matikan panggilan,” ujarnya.

Mula-mula dia macam nak ambil polisi insurans dengan saya, bila dah sembang-sembang lepas tu dia dah cerita lain pula.

Sementara itu, Nazrief berkata dia tidak boleh bertindak dengan menyekat panggilan lelaki itu kerana nombor telefon yang digunakan itu dalam mod privasi.

Justeru itu, Nazrief memberi amaran sekiranya lelaki itu masih menganggunya, dia tidak teragak-agak untuk membawa perkara ini kepada pihak polis.

“Terbaharu, semalam sampai empat lima kali jugalah dia telefon lagi dan saya jawab cakap dekat dia kau ni tak takut api neraka ke?

Nazrief tidak teragak untuk mengambil tindakan.

“Saya tidak boleh menyekat nombor panggilan itu kerana dia menggunakan panggilan privasi.

“Sekali lagi sekiranya lelaki itu masih menghubungi saya, saya akan pergi ke Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk mendapatkan maklumat lelaki berkenaan dan membuat laporan polis,” katanya

kredit: mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *