Baru-baru ini, pengarah kontroversi Syamsul Yusof memuat naik beberapa keping foto bersama anak-anaknya iaitu Syaikhul Islam dan Sumayyah di Instagram.
Namun begitu, ada individu di TikTok mendakwa bahawa hantaran foto yang dimuat naik oleh Syamsul itu adalah sekadar gambar imbas kembali.
“Gambar lama tapi baru keluar balik semula,” komen seorang individu.
Susulan itu, pemilik akaun @noraini_basre itu mencari maklumat dan menyatakan bahawa foto perkongsian tersebut di ambil pada 28 Mac 2023 bukannya pada 1 April.
“Ok, selepas ramai berperang kata pic yang Sol update semalam pic throwback.
“Admin pun cari la info sebenar pic ni. Ok ni pic Syamsul Yusof dengan anak-anak pada 28 Mac 2023 bukan pic 1 April 2023.
“Dah jadi Detektif Conan dah min… korang punya hal,” jelasnya.
Dalam pada itu, individu itu turut mendedahkan bahawa gambar perkongsian tersebut diambil ketika menyambut sambutan hari lahir Sumayyah yang dibuat secara tertutup tanpa kehadiran Puteri Sarah.
“Syamsul Yusof membuat sambutan hari lahir Sumayyah pada 28/3/2023 secara tertutup,” kongsinya lagi.

Menjengah di ruangan komen, warganet mengkritik tindakan Syamsul.
Syamsul Yusof Syukur Puteri Sarah Beri Kerjasama Perihal Anak… Enggan Ulas Raya Di Mana & Hubungan Dengan Ibu Bapa
“Mengenai menyambut Raya di mana, tak perlu saya beritahu.”
Demikian kata-kata pengarah sensasi, Syamsul Yusof mengenai di manakah dia bakal menyambut Syawal tahun ini.
Berbaki dua minggu menjelang sambutan Hari Raya, Syamsul juga tidak mahu mengulas mengenai isu bersama ibu bapanya, Datuk Yusof Haslam dan Datin Patimah Ismail.
“Saya enggan komen soal jumpa ibu bapa atau tidak, berbuka ibu bapa atau tidak. Bagi saya hal berkaitan keluarga tak perlu kongsi,” ujarnya.
Mengulas mengenai anak-anak, Syamsul bersyukur isteri pertamanya, Puteri Sarah Liyana memberi kerjasama yang baik.
“Setakat ini Alhamdulillah, saya jumpa anak-anak saya. Sarah pun beri kerjasama yang baik biarpun dia memfailkan hadanah atau hak penjagaan.
Apapun dari pihak saya, Insya-Allah Sarah tak perlu risau. Selama ini pun biarpun kami ada masalah, saya dan Sarah bersikap profesional mengenai anak, masing-masing beri kerjasama. Alhamdulillah, saya pun berjumpa anak-anak saya.
“Selama ini pun saya banyak kali berjumpa anak tetapi tidak berkongsi di media sosial. Itu hal peribadi,” katanya lagi.
kredit: xtra