Timbul Dakwaan Suami Noor Nabila, Engku Emran Sedang Bercinta Pula Dengan Bekas Anggota Elite?

Sehingga ke hari ini masih belum jelas tentang apa yang terjadi dengan rumah tangga usahawan selebriti, Noor Nabila Mohd Noor dan suaminya Engku Imran. Walaupun, Nabil sebelum ini pernah menyatakan hubungannya dan suami baik-baik sahaja tapi masih ada spekulasi yang menyatakan sebaliknya.

Memetik laporan Berita Harian, timbul pula satu dakwaan baharu di mana Engku Emran dikatakan sedang menjalinkan hubungan dengan pelakon dan penyanyi, Fiza Halim.

Dakwaan ini timbul selepas seorang pengguna TikTok berkongsi video menunjukkan Engku Emran sedang keluar bersama dua remaja yang didakwa anak kepada bekas anggota Elite itu.

Itu bukan anak Fiza tapi anak buah Engku Emran…

Bagaimanapun, ada pihak mendakwa remaja itu adalah anak buahnya iaitu Maja dan Aisa, bukannya anak Fiza seperti yang didakwa.

Engku Emran pernah berkahwin dengan selebriti jelita iaitu Erra Fazira dan mempunyai anak perempuan, Engku Aleesya. Selain itu, pelakon popular dari Indonesia iaitu Laudya Cynthia Bella juga pernah dikahwininya, namun tidak dikurniakan cahaya mata. Sementara itu, Nabila pernah berkahwin dengan Sharnaaz pada 31 Mac 2017 dan berpisah pada 9 Julai 2020.

Engku Emran kemudian mengahwini Noor Nabila pada 19 Mac 2021.

Penampilan Fiza Halim Terlalu Ketat Teruk Dikecam Netizen

Penampilan pelakon Fiza Halim ditegur sesetengah individu di Instagram kerana dikatakan tidak sopan bagi orang yang membawa imej wanita bertudung.

Menerusi hantaran Fiza, dia telah memuat naik gambar bersama seorang rakan namun tudungnya yang ‘ala kadar’ tak dipakai dengan betul selain baju yang ketat meraih perhatian netizen.

Malah, baju lengan panjang dipakainya itu dilihat seperti ‘muat muat’ dan singkat serta mengikut bentuk tubuhnya yang ramping.

Meskipun ruangan komen telah dihadkan oleh Fiza, namun portal media hiburan ini sempat mengambil tangkap layar beberapa komen netizen.

Ada yang menegur penampilan aktres berusia 41 tahun itu yang dikatakan semakin lama semakin ‘terdedah’ dan seksi selain ada individu yang memerlinya untuk buka sahaja tudungnya.

Fiza atau nama penuhnya, Siti Zaidatul Fiza Abd Halim bagaimanapun telah pun memadam respon dan kritikan itu sebelum menutup ruangan komen hantaran tersebut.

Kredit: Berita Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *