Tular Video View Chin ‘Koyak’ Bila Netizen Tanya Mira Sedap Ke Tak, “Tampar Muka Kau”

Dikaitkan dengan isu berlaku curang dengan isteri, nama pempengaruh View Chin sehingga ke hari ini masih menjadi bualan ramai.

Ketika sesi langsung di TikTok, ada netizen yang seolah-olah sengaja membuat provokasi dengan bertanyakan soalan sensitif mengenai kekasihnya, Mira.

Menerusi video yang dikongsi semula di Facebook, kelihatan pempengaruh ini memarahi netizen yang bertanyakan sama ada Mira ‘sedap’.

View Chin berkata, semua lelaki mesti akan marah jika ada yang meninggalkan komen lucah sedemikian. Sebagai kekasih, dia sudah tentu akan mempertahankan Mira.

Kalau awak ada girlfriend boyfriend, tiba-tiba saya tanya awak, “Eh awek kau sedap tak?”

You koyak tak? Cuba tengok? Tak koyak? I tampar muka kau, bukan lelaki, kau pondan. Orang tanya macam tu kau tak mahu hentam dia. Terus pecahkan kepala dia.

Kedengaran juga View Chin bertanyakan kembali netizen sama ada kekasih mereka ‘sedap’. Pempengaruh ini mencabar netizen yang meninggalkan komen biadap itu menulis status di media sosial.

Bodohlah kau ni, bodoh. I tanya you, you jawab tak? Tanya ayah kau lah.

Dia juga menasihati netizen supaya menjaga mulut dan menggunakan akal fikiran sebelum berkata-kata. Jelasnya, dia selama ini bersabar jika ada yang mengejek tangga dan punggung tapi bukan soalan lucah itu.

Mira Akui Dah Sedia Jaga Anak-Anak View Chin Dan Shermine

Mira tampil menegaskan dakwaan yang dia bukan punca pasangan itu bercerai dan mengatakan yang dia menjalinkan hubungan setelah usahawan itu bercerai dengan isterinya.

Terbaru! Menurut laporan Kosmo, Mira mengakui sudah bersedia untuk menjaga anak-anak kepada kekasihnya sekiranya mereka berkahwin nanti ketika membuat ‘live’ di TikToknya baru-baru ini.

Hal ini dijawab selepas ada satu followers Mira yang bertanya adakah dia sudah bersedia untuk menjaga anak-anak View Chin.

Mestilah ready (sedia). Mira sudah bersedia dari awal.

Dalam pada itu, ketika disoal mengenai adakah Mira sudah membuat permohonan maaf kepada Ah Moi, dia berkata, tidak semua perkara perlu dikongsikan di media sosial.

Tak akan semua benda Mira nak cerita, Mira tak akan cerita semua hal peribadi kepada orang. Kerja adalah kerja, hal peribadi adalah hal peribadi.

Kredit: Facebook View Kini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *