Kuala Lumpur : Sekian lama mendiamkan diri, Ira Kazar, 27, akhirnya memuat naik gambar suaminya, Syamsul Yusof, 39, di Instagram Story, semalam.
Gambar yang dimuat naik Ira atau nama sebenarnya Faghirah Fatini Kazaruddin itu adalah gambar yang pernah dikongsikan suaminya sebelum ini.
Tanpa meletakkan sebarang kapsyen, hantaran itu cuma disertakan dengan lagu Nasty nyanyian Tyga dan Chris Brown sebagai muzik latar.
Perkongsian itu menjadi yang pertama buatnya selepas Syamsul bercerai dengan Puteri Sarah Liyana pada 14 Jun lalu.

GAMBAR Syamsul Yusof yang dikongsi Ira Kazar di Instagram Story.
‘Syamsul, Ira Kazar tertekan punca fail saman terhadap JAWI, MAIWP’
Pengarah filem, Syamsul Yusof, 39, berhasrat menarik balik saman difailkan terhadap pegawai penyiasat dan pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) serta Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) yang didakwanya menyebarkan fakta aib mengenai hubungannya dengan Ira Kazar kepada ibunya, Datin Patimah Ismail.
Perkara itu disahkan Datuk Adnan Seman, yang mewakili MAIWP, ketika dihubungi media selepas pengurusan kes di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini, Aisyaf Falina Abdullah, hari ini.
“Mahkamah menetapkan 13 Julai ini untuk pengurusan kes,” katanya.
Dalam pernyataan tuntutannya, Syamsul memfailkan saman terhadap pihak berkuasa agama itu atas alasan menyebarkan fakta aib dan memalukan kepada ibunya berhubung kenyataan isteri keduanya ketika itu, Faghira Fatini atau lebih dikenali sebagai Ira Kazar, yang dipanggil memberi keterangan kepada JAWI pada Ogos tahun lalu.
Plaintif pernah dinobatkan sebagai Pengarah Asia Terbaik di Festival Filem Asia Pasifik di Kemboja menuntut ganti rugi teladan (tidak dinyatakan jumlah) ke atas defendan kerana didakwa dengan sengaja dan berniat jahat untuk membuka aibnya.
Dia juga memohon deklarasi gambar pernyataan yang mengandungi nama Syamsul dan Ira, 28, separuh tandatangan dan pernyataan bertulis adalah satu keterangan yang diambil oleh defendan atau ejennya, tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi 1972 dan undang-undang yang berkait.
Syamsul juga memohon deklarasi gambar pernyataan itu yang dirakam oleh defendan atau ejen adalah dokumen dalam kawalan mereka.
Ia termasuk deklarasi penyebaran gambar pernyataan itu dibuat oleh defendan atau ejen.
Dalam pernyataan tuntutannya, Syamsul berkata pada 20 Disember 2022, ibunya menghantar mesej menerusi aplikasi WhatsApp iaitu gambar pernyataan mengaibkan mengandungi nama Ira, separuh tandatangan dan pernyataan bertulis.
Mengikut dokumen yang diperoleh, gambar pernyataan itu mengandungi fakta mengaibkan dan memalukannya disebar kepada ibunya.
“Saya kemudiannya menghubungi Faghira Fatini yang saya panggil sebagai Ira Kazar berkenaan dengan gambar pernyataan itu yang diterima dan dimaklumkan oleh Ira Kazar bahawa beliau dipanggil oleh defendan ketiga (Maiwp) untuk merakam keterangan atas satu siasatan.
“Ia berdasarkan satu laporan yang dipercayai dibuat oleh isteri saya (ketika itu), Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin dan pernyataan itu dirakam oleh defendan pertama (Mohd Haris) yang Ira Kazar percaya adalah pegawai penyiasat dalam siasatan itu.
“Saya dinasihatkan peguam bahawa, keterangan yang dirakam itu adalah tertakluk di bawah Seksyen 59 Akta Prosedur Jenayah Syariah (Wilayah-wilayah) Persekutuan 1997 dan Akta Keterangan Mahkamah Syariah (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1997 yang mana pernyataan yang dirakam adalah dikategorikan sebagai dokumen persendirian dan pernyataan tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi 1972.
“Ira kemudiannya membuat laporan polis pada 23 Disember tahun sama,” kata Syamsul.
Akibat penyebaran fakta aib itu, Syamsul berkata, beliau dimarahi oleh ibunya dengan kata-kata yang mengguris perasaan selain mengalami tekanan perasaan dan akan memberi keterangan lanjut ketika perbicaraan kelak.
Katanya, tindakan defendan atau ejen mengaibkan dan memburukkan imej, nama serta reputasinya selaku pelakon dan pengarah filem.
“Tambahan lagi ia menambahkan tekanan perasaan atau ‘stress’ plaintif apabila diberitahu oleh Ira Kazar bahawa gambar pernyataan bertulis itu direka dan ditokok tambah oleh defendan pertama dan ejen kerana ia bukanlah keterangan yang diberikan oleh Ira,” katanya.
VIDEO BERKAITAN
Terdahulu, kisah perkahwinan mereka mendapat sorotan luar biasa apabila Syamsul mengesahkan dia sudah bernikah dengan Ira di selatan Thailand, Januari lalu.
Susulan itu, Puteri Sarah yang ketika itu masih isterinya memfailkan perceraian sebelum sah bercerai 14 Jun lalu.
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.