Baru Je Kena Cerai Dengan Syamsul, Ini Kata2 PAdu Puteri Sarah “Dulu saya benci perpisahan…”

Selepas kes cerai Syamsul Yusof dan Puteri Sarah sudah pun berakhir, kes saman Puteri Sarah terhadap bekas madunya, Ira Kazar sudah pun selesai.

Memetik BH Online, perkara itu disahkan oleh peguam syarie yang mewakili pengarah sensasi itu iaitu Azmi Mohd Rais. Azmi bagaimanapun berkata maklumat terperinci mengenai isu saman itu tidak boleh didedahkan.

“Sebelum ini, Puteri Sarah memfailkan tindakan saman sivil yang mendakwa Ira mengganggu rumah tangganya. Penyelesaian sudah dibuat secara penuh dan muktamat, justeru tiada sebarang isu yang timbul antara kedua-dua pihak,” katanya.

Ketika ditanya hari ini, Puteri Sarah enggan mengulas lanjut mengenai kes saman difailkan terhadap Ira sebelum ini.

“Mengenai kes (saman) dengan dia, saya tidak boleh dedahkan lebih lanjut,” katanya.

Dalam pada itu, Datul Akberdin merupakan peguam syarie yang mewakili Puteri Sarah berkata pihaknya belum dapat berkongsi lanjut mengenai perkara itu.

“Kes itu belum lagi dan tidak termasuk, setelah prosiding ditetapkan di mahkamah tinggi kelak, baru kami akan usulkan mengenai perkara itu.

“Setakat ini tak boleh dikongsi lagi, sebab kami kena ke mahkamah untuk merekodkan semua perkara, jadi ia masih dalam proses dan sulit,” katanya.

Berikut status di muat naik di ig PS

Lepaskan.

Dulu saya sangat takut untuk melepaskan. Dulu saya benci perpisahan.
Dulu saya benci mengakhiri sesuatu.
Dulu saya sangat takut betapa sakitnya hati saya ketika mereka tidak ada lagi dalam hidup saya.
Saya memiliki banyak pertanyaan bagaimana, jika dan apa yang bisa terjadi kemudian dan disitulah kesalahan saya selama ni – takut akan segalanya.

Dan sekarang saya mengerti.
Ketika sesuatu berakhir, itu berakhir kerana suatu alasan.
Ketika sesuatu tidak berhasil, itu tidak berhasil kerana sesuatu alasan.
Kamu tahu melepaskan itu indah.

Terkadang, itu sulit.
Tapi selalu ingatkan dirimu bahawa setiap yang berlaku atas izin- Nya.
Lepaskanlah hal-hal yang telah menyakitimu.

Bersabarlah dalam prosesnya.
Kerana setelah setiap kesabaran , ada hal yang indah yang menantimu.

???????????? PSL

Status terbaru PS mendapat lebih 100k tanda suka dari pengiktu beliau

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *