“I don’t care. It’s my body, it’s my choice” Leona, anak Azhar Sulaiman mula bersuara

Anak perempuan kepada pelakon terkenal Azhar Sulaiman iaitu Kasih Iris Leona, memang amat terkenal di media sosial.

Namun yang membuatkan diri gadis berumur 21 tahun ini bukanlah bakat dalam bidang seni tetapi lebih kepada kehidupan hariannya yang dipaparkan di media sosial miliknya.

Leona dikenali setelah terpalit dengan beberapa isu terutama hal melibatkan pemilihan pemakaiannya.

Sebenarnya bukan sekali dua isu ini berlaku, memang dah banyak kali dah.

Namun sehingga kini masih lagi belum ada perubahan dari Leona.

Yang terbaru, Leona ada muatnaik video yang menunjukkan dirinya berpakaian agak terdedah.

Seperti biasa, ruangan komen memang penuh dengan penulisan yang kurang baik dari orang ramai.

Melihat begitu banyak isu yang timbul dek kerana cara pemakaiannya, akhirnya Leona bersuara.

Bukan mahu meminta maaf dan berubah, sebaliknya Leona membidas orang ramai yang sibuk menjaga tepi kainnya.

Jelas Leona, jika tidak gemar yang dipaparkan, adalah lebih mudah untuktidak saja ikuti dirinya di media sosial.

Gadis yang sedang melanjutkan pelajaran di luar negara ini turut meminta orang ramai tidak menulis komen tentang cara pemakaiannya lagi.

Ini respon dari Kasih Iris Leona.

“Yang saya pakai ni tiada kena mengena pun dengan orang lain. Ini saya yang pilih, langsung tak ada kena mengena dengan anda.”

“Jika dah tak suka lihat, jangalah tengok, sekat sajalah saya ni.”

“Saya tak peduli pun dengan komen dari orang lain tentang diri saya.”


Itulah bicara yang dinukilkan oleh anak Azhar Sulaiman ini.

Sejak dulu lagi, oleh kerana isu pakaian Kasih Iris Leona, Azhar Sulaiman pun dah sampai pening kepala, mana tak nya, memang ramai saja yang tag dirinya apabila Leona berpakaian yang kurang sesuai dan muatnaik untuk tatapan umum.

Azhar Sulaiman bimbang, Leona setiap hari ‘bodoh’

Pelakon Azhar Sulaiman melahirkan rasa bimbang terhadap anak gadisnya, Kasih Iris Leona apabila semakin kerap menimbulkan kontroversi walaupun sudah banyak kali diberi nasihat dan ditegur netizen.

Menerusi luahan yang dimuat naik dalam Facebook miliknya, Azhar, 51, berkata, sebagai bapa dia risau jika kontroversi yang kerap ditimbulkan oleh gadis berusia 21 tahun itu adalah disebabkan kebodohannya.

“Ada orang, ada hari bodoh dia. Tapi sekarang saya bimbang jika anak perempuan saya, Leona jenis bodoh setiap hari,” tulis Azhar.

Apa yang menarik perhatian, pelakon filem Abang 92 itu turut memetik nama usahawan terkenal, Datuk Aliff Syukri kerana sering terkait dengan perkara-perkara kontroversi yang diciptanya.

“Dia nak jadi macam Aliff Syukri ke? Tak berhenti buat kontroversi?” katanya.

Luahan Azhar terhadap tingkah laku Leona sekali gus memancing perhatian netizen apabila turut bersimpati dengan perasaan yang dialaminya.

Malah, rata-rata netizen meminta agar lelaki itu memperbanyakkan bersabar membesarkan anak dengan kehidupan penuh mencabar pada hari ini.

“Cabaran membesarkan anak-anak di zaman yang serba mencabar. Abang Har (panggilan Azhar) amalkan zikir Nabi Sulaiman. Jangan putus asa, jangan putus harapan. Saya juga ada anak-anak yang sedang membesar,” kongsi seorang pengikutnya.

“Doakan yang baik-baik. Abang lebih kenal anak sendiri. Abaikanlah apa yang orang nak kata,” nasihat seorang lagi pengikutnya.

“Ujian kita sebagai ibu bapa. Sebenarnya ramai lagi ibu bapa yang diuji begini. Cuma abang orang yang terkenal, jadi tumpuan netizen. Doa banyak-banyak, semoga Allah SWT angkat do akita sebagai ibu bapa,” komen seorang pengguna Facebook.

AZHAR melahirkan kebimbangan susulan Leona kerap terpalit dengan kontroversi berkaitan imej seksi.

Terdahulu, Leona, sering menjadi perhatian netizen apabila kerap dikecam kerana memuat naik foto dan video dengan penampilan mencolok mata.

Penampilan Leona sering dianggap keterlaluan sebagai seorang anak kepada selebriti dan juga wanita beragama Islam.

Azhar menerusi satu perkongsian dalam Instagramnya sebelum ini pernah menzahirkan rasa dilema apabila mendakwa setiap ibu bapa pasti mempunyai masalah yang dicetuskan anak-anak termasuk dirinya.

Pelakon itu bagaimanapun reda dengan segala masalah yang ditimbulkan, sementelah sikap mereka tidak seteruk yang berlaku pada zaman mudanya dahulu.

Bahkan katanya, apa yang berlaku terhadap anak-anak adalah cerminan hidupnya ketika zaman bujang.

“Pada saya biarlah jadi begini daripada begitu. Jika saya renung semula zaman muda, lebih teruk daripada sekarang.

“Anak-anak adalah balasan kepada apa yang kita buat semasa zaman bujang dulu. Saya reda dan harap dapat menguruskan keluarga dengan lebih baik,” ujarnya.

Untuk rekod, Azhar mendirikan rumah tangga bersama Chempaka Emalin Pahamin dan dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Kasih Leia Ixora, 23, dan pasangan kembar, Andika Rees Pahamin dan Leona. – KOSMO! ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *