Kakak dedah bapa guna duit Youtuber terkenal beli pil kuda, judi

PETALING JAYA – Kakak kepada pelakon Youtuber terkenal mendedahkan bapanya sering menyalahgunakan wang gaji adiknya itu untuk membeli pil kuda dan berjudi dalam talian.

Melalui satu luahan di Facebooknya hari ini, wanita tersebut mendakwa sudah tidak tahan lagi dengan perangai bapanya itu dan ingin menjelaskan kenapa gaji yang diperolehi tidak diserahkan sepenuhnya kepada lelaki tersebut.

“Betul, penerbit ada buat bayaran RM7,000 dan saya ‘bank in’ duit hanya RM4,000 dekat abah dan baki RM3,000 lagi untuk simpanan adik saya, kenapa ??? Kenapa tidak bagi saja abah 100 peratus? Kenapa? Kalau tanya jiran sekeliling, anak beranak, sepupu sepapat, semua tahu abah ni macam mana.

“Penerbit pun ada nasihat suruh simpan juga simpanan adik sebab dah tahu kalau boleh ke abah memang tak akan nampak hasil. Hasil yang ada adalah pening (khayal) pil kuda dan ‘spin’ (berjudi) dalam bilik,” tulisnya.

Tergamak hisap dadah depan anak OKU
Dia juga dengan terang-terangan mengatakan yang bapanya tergamak menghisap dadah di hadapan Asif yang merupakan insan kelainan upaya (OKU)

Bapa sendiri fitnah makan duit Asif
Perkara tersebut terpaksa didedahkan kerana tidak tahan dengan fitnah yang dilempar bapa sendiri kepadanya yang dikatakan mengambil duit hasil kerja Asif sewaktu terlibat dalam projek Syahmi Sazli

Tambahnya lagi, adiknya juga banyak kali pernah mengadu yang bapanya selama ini habiskan duit beli pil kuda dan berjudi online di hadapannya.

“Bukti aku ada, aku simpan video aku rekod senyap-senyap masa adik mengadu dan dia mengadu bukan sekali bukan dua kali tapi berpuluh kali.

“Tahun 2019 pernah dah jadi kes yang sama terhadap penerbit dan isterinya dengan aku sekali bodoh waktu tu percaya bulat-bulat dekat manusia ni, bapa aku ni dia punya gila sampai tahap dia paksa adik bercakap dalam video ugut penerbit sebab lambat bayar gaji padahal tidak sampai hari gaji pun waktu tu,” jelasnya.

Terbaharu, difahamkan bapa pelakon tersebut marah disebabkan tidak dapat wang tunai untuk membeli dadah dan barangan dapur yang dikirim anak perempuannya itu diletakkan di luar rumah.

“Terkini kenapa dia jadi meroyan macam ni? Sebab dia marah saya tidak kirim duit. Saya minta tolong sepupu belikan barang dapur, tahu tak abah buat apa? Dia letak barang-barang itu dekat luar, marahnya beliau sebab tidak dapat cash nak beli pil kuda lahanat tu!” luahnya. – KOSMO! ONLINE

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *