BAGAIKAN tidak serik, penyanyi Masya Masyitah sekali lagi mencuri perhatian ramai apabila kali ini tampil menggayakan sarung kaki jarang dadn menampakkan bahagian pahanya.
Menerusi ruang komen pada gambar yang dimuat naik di Instagram miliknya, ramai melahirkan rasa kurang setuju dengan gaya tersebut kerana ia tidak sesuai bagi seorang wanita bertudung sepertinya.
Malah ada di antara mereka berasa pelik dengan sikap Masya atau Siti Nurmasyitah Mohd Yusoff, 23, yang dilihat tidak serik-serik dan seperti sengaja tampil dengan pakaian sedemikian demi meraih perhatian.
“Pelik betul fesyen kau ini adik. Ada ke pakai tudung tapi nampak paha? Tiada rasa segan ke?

Netizen tegur penampilan Masya yang tidak sesuai untuk gadis bertudung.
“Macam nampak paha awak. Kalau tak perasan cuba tengok balik. Awak cantik bertudung. Semoga awak fikir-fikirkan.
“Biasalah kalau tenggelam nak timbul balik, cara macam inilah. Islam itu indah tapi wujud orang macam ini, Islam dipandang serong,” komen netizen.
Menerusi perkongsian itu, Masya mengenakan skirt berserta sarung kaki jarang dan but tinggi berwarna hitam.
Gaya tersebut dilihat juga cuba meniru fesyen gadis Jepun yang biasa menjadi ikutan dari kebanyakan penggemar animasi di sana.
Masya bagaimanapun tidak memberi sebarang maklum balas terhadap komen-komen yang diberikan.
Penyanyi ini juga pernah menerima kecaman sama sebelum ini kerana berani tampil dengan fesyen pelik dan berkongsi di media sosial.
kredit: mstar
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.