Nafi Pertemuan Mereka di Tepi Jalan Memang Dirancang, Ebit Lew Dedah Sesuatu Tentang Mondy Buat Ramai Tak Sangka

Personaliti media sosial dan pempengaruh, Ebit Lew, hari ini memberi penjelasan secara tidak langsung untuk menafikan dia mengatur pertemuan dengan seorang wanita bertatu di Indonesia.

Memberikan penjelasan ringkas melalui TikTok bagi menjawab “fitnah” yang ada di Malaysia, Ebit muncul bersama wanita terbabit yang dikenali sebagai Mondy.

Mondy juga merupakan pempengaruh dan akaun TikTok wanita dari Indonesia itu didapati mempunyai sejuta pengikut.

Dilihat menjawab soalan seseorang yang berserban, Ebit dan Mondy menafikan pertemuan mereka di tepi jalan sebelum ini memang dirancang lebih awal.

Mondy – yang digambarkan sebagai gelandangan – memberitahu dia membuat tatu pada badannya dengan harga yang murah, bukannya mahal seperti anggapan sesetengah pihak.

Bahkan, kata Ebit, tatu berkenaan dibuat sendiri oleh Mondy.

Begitu juga, menurut personaliti yang memiliki nama sebenar Ebit Irawan Ibrahim, pendakap gigi pada Mondy, yang berharga murah.

“Dia ingat braces (pendakap gigi) tu (jenis) yang mahal macam anak saya punya.

“Di Indonesia braces tu… gigi punya tu, yang palsu yang murah,” katanya.

Mondy pula menjelaskan pendakap gigi yang dipakainya itu hanya berharga Rp50,000 atau bersamaan kira-kira RM15 dan.

“Ini sudah bertahun… bertahan sampai bertahun tahun,” kata Mondy.

Sejak beberapa hari lalu Ebit kembali menarik perhatian ramai apabila memuat naik pertemuannya dengan Mondy yang kelihatan berbaring di tepi jalan.

Warganet kemudian mendedahkan Mondy sebenarnya bukanlah gelandangan biasa sebaliknya mempunyai ramai pengikut di media sosial, selain kerap membuat kandungan di TikTok.

Kita bukan malaikat

Penampilan wanita muda dan ibu tunggal itu – yang dipanggil adik oleh Ebit – juga cepat menarik perhatian, antara lain kerana imej punk serta tatu pada tubuhnya termasuk di bahagian muka serta memakai pendakap gigi.

“Rezeki bertemu Mondy ibu tunggal 21 tahun di Jakarta yang menyara anak kecil 4 tahun seorang diri.

“Wajahnya penuh tatoo termasuk dalam matanya penuh tatoo. Cantik dan baik adik ni. Kehidupan anak punk jalanan.

“Dari kecil hidup susah dan di jalanan. Masa kami mula sampai Mondy asyik menangis terharu. Dia baru keluar dari rumah sewa tak mampu bayar tidur di jalanan.

“Saya tanya adik nak kerja. Dia kata ada ke orang nak ambil saya kerja? Insya-Allah kami cuba carikan,” kata Ebit melalui hantaran tersebut.

Ebit juga mendakwa Mondy menangis setelah diberikan baju dan tudung, sementelah dia dikatakan mahu menjadi hamba tuhan yang baik.

“Baik adik ni. Allahuakbar,” katanya.


Dalam hantaran di Tiktok hari ini Ebit dan Mondy kemudian dinasihatkan agar banyak bersabar dengan pandangan negatif orang lain yang tidak senang dengan mereka.

Lelaki yang berbual dengan Ebit dan Mondy kemudian mendakwa kebencian orang tertentu itu adalah disebabkan kerja kebajikan yang dilakukannya.

“Kita bukan malaikat, kita bukan nabi, kita ni banyak (melakukan) salah.

“Terserah – tangan kita cuma dua Ustaz Ebit Lew, Mondy ya. Mulut orang berjuta banyaknya, tak mungkin kita dapat tutup mulut semua orang.

“Tutup saja telinga dan terus berjalan sampai jumpa dengan Allah. Terus berjalan, melangkah.

“[…] Orang yang ikhlas, dipuji tak senang hati, dibuli tak sakit hati. Orang yang ikhlas itu dipuji dia tak terbang dicaci dia tak tumbang,” katanya.

@dillahussin

fitnah apa tentang mondy #mondy #ustazebitlew #hidayah #islam #taubat #doa

♬ Instrumen Sholawat Sedih – Yuda pratama

kredit: mkini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *