Pelawak terkenal, Shuib mengesali tindakan sesetengah orang yang tidak berhenti ‘menggali’ imej-imej seksi bakal isterinya, Watie Hanafiah.
Sudah menjadi ‘sejarah’, usahawan itu memohon agar orang ramai berhenti mengungkit masa lalu gadis yang sudah berubah itu.
Menganggap perkara itu sebagai tidak wajar, Shuib memaklumkan bahawa Watie kini sedang berada di dalam fasa belajar bertudung.
Akui dirinya tidak mampu menghalang mana-mana individu, Shuib bagaimanapun meminta orang awam berfikir lebih positif terhadap bakal isterinya.
“Perkara sebegitu kita tak boleh nak halang. Tapi saya berharap, kalau seseorang sedang menuju ke arah kebaikan, fikirlah yang lebih positif.
“Bagi saya, ia tak sepatutnya (orang terus mencari keburukan) begitu. Gambar lama janganlah diungkit,” katanya.
Sejak kedekatan mereka mula dihidu ramai, muncul pelbagai jenis kecaman yang tiada henti ditujukan terhadap Watie.
Malah, mereka turut tidak melepaskan peluang untuk membanding-bandingkan sosok Watie dengan arwah isteri Shuib, Siti Sarah.
Sedar akan situasi tersebut, pemilik nama sebenar Shahmira Muhammad itu berharap agar peminat menghormati keputusan dan mendoakan mereka.
“Saya hargai siapa saja yang datang dalam hidup sepertimana saya hargai arwah Siti Sarah. Dia cukup luar biasa dalam hidup saya.
“Tapi apabila Allah buka dan tunjukkan jalan lain, saya kena hargai dan itulah kehidupan baru yang perlu dijaga.
“Ini semua berbalik kepada apa yang kita sendiri rasa. Cakaplah apa saja, yang rasa itu kita. Orang tak faham apa yang kita lalui.” Ulasnya.

“Shuib Menang Besar” – Video Watie Berbaju Songket Jadi Perhatian
Baru-baru ini tular video dikongsikan di TikTok memaparkan tunang kepada pelawak dan penyampai radio, Shuib iaitu Watie Hanifiah dilihat anggun mengenakan busana tradisional songket.
Difahamkan, Watie turut memperagakan koleksi barangan kemas daripada sebuah jenama kedai emas dipercayai untuk tujuan promosi.
Video tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada netizen dimana ada yang segan melihat penampilan Watie disebabkan tudungnya yang singkat hingga mendedahkan bahagian dada.
@watietqtizi ???? #watiehanifiah #syuibwatie #fyp #masukfyp #foryou #foryoupage
Malah, ada segelintir netizen turut menitipkan nasihat supaya Watie melabuhkan tudung supaya dilihat lebih manis dan sopan.