Uncategorized

Bengkel Terpaksa Ditutup Kerana Sikap Bangsa Melayu Asyik Nak Murah, Hutang Tak Dibayar

Terasa sedih dan sebak apabila membaca perkongsian si adik mengenai abangnya yang ditindas bngsa sendiri sehingga perniagaan yang diusahakan terpaksa ditutup.

KISAH bngsa yang membu’nuh bngsa dia sendiri.

Dah lama akak simpan cerita ini. Kisah pengajaran tentang sikap orang Melayu yang suka nak murah sahaja. Ini kisah tentang abang kepada akak. Tetapi sekarang dia sudah tiada. Kisah yang terkandung banyak pengajaran untuk kita sebagai bngsa Melayu.

Abang seorang bekas tentera. 20 tahun berkhidmat dengan tentera dalam bidang jentera berat. Tugasnya setiap hari membaiki kenderaan tentera.

Satu hari dia mengambil keputusan untuk berhenti kerja. Abang nak berniaga, buka bengkel sendiri di kampung akak sebab di kampung belum ada bengkel orang Melayu.

Berbekalkan pengalaman 20 tahun dan sedikit duit yang diperolehi selepas berhenti berkhidmat dengan tentera, dia membuka bengkelnya.

Maka bermulalah siri demi siri kisah usahawan Melayu yang diboikot oleh bngsa sendiri dengan alasan mahal tanpa usul periksa.

KISAH PERTAMA

“Mahallah Malik, kedai Ah Chong lagi murah”.

KISAH KEDUA

“Apalah Malik, kau repair, rosak balik”

Padahal dah cakap rosak ni, pakcik kena tukar. Tetapi dia suruh repair dulu sebab tak ada duit nak tukar. Jadi abang pun repairlah asal boleh digunakan sementara. Apabila rosak semula, dia pula komplen cakap tak pandai repair.

Dia pergi kedai Ah Chong, Ah Chong terus tukar dan dia kata Ah Chong pandai repair.

KISAH KETIGA

“Malik, pakcik hutang dulu ya. Tak cukup duit ni. Nanti bulan depan pakcik bayar,”

Sampai abang dah meninggal dunia pun orang itu tak bayar hutang itu.

KISAH KEEMPAT

Tauke: “Ini spare part RM80.00”

Abang: “Tak boleh kurang sikit ke boss?”

Tauke: “Ni sudah murah, sekarang barang manyak mahal”

Apabila bngsa dia datang, minta barang yang sama. Bincang punya bincang, RM60.00 saja.

KISAH KELIMA

Bngsa Melayu lepak kedai kopi membawang pasal isu peniaga di sekitar kampung. Habis dibuka, diftnah anak bngsa. Niaga mahal, niaga tak betul, niaga main tipu. Tetapi adakah dia menyiasat bahawa perkara itu betul-betul? Memburuk-burukkan bngsa sendiri tak reti berniaga dan dibanggakan pula bngsa lain.

Bertahun-tahun abang berniaga ibarat kais pagi makan pagi. Bengkel bngsa lain bertambah maju disebabkan sifat bngsa kita yang nak murah itu.

Akhirnya bengkel abang terpaksa ditutup kerana tidak lagi mampu membayar sewa. Dia buat online workshop service. Orang panggil di mana kereta rosak, dia pergi repair.

Selepas enam bulan kemudian, abang jatuh sakit, mungkin disebabkan stress dengan apa yang berlaku. Dan sekarang abang sudah kembali kepada Pencipta.

Sekarang ini,

Tak ada dah Malik yang nak datang repair kereta pakcik-pakcik di kampung.

Tak ada dah Malik yang korang boleh telefon tengah malam datang selamatkan korang di tepi jalan.

Tak ada dah Malik yang korang boleh hutang sampai dia sendiri tak ada duit nak beli susu pampers anak.

Malik dah pergi jauh, meninggalkan isteri dan empat orang anaknya yang masih kecil.

Inilah kisah bngsa yang membunuh jiwa dan raga orang Melayu kita sendiri. Kerana sifat dan sikap asyik nak murah, asyik mencari kesalahan bngsa sendiri, asyik memandang hebat bngsa lain.

Bngsa Melayu yang menjadi k0rban kerana sifat kedekut dan berkira-kira.

Al-Fatihah untuk Yan

Sumber: Darnalis A Rahman

Berikut reaksi dari netizan

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan yang anda berfikir dua kali terlebih dahulu sebelum meninggaIkan komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *