Uncategorized

Berhenti ‘berper4ng’ seketika – Ismail Sabri mula bersuara mengenai pr0tes di jalanan

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengajak semua ahli Parlimen terutama pembangkang supaya berhenti ‘berper4ng’ buat sementara waktu.

Beliau menganggap, isu Covid-19 dan rakyat adalah jauh lebih besar berbanding apa yang diperjuangkan oleh pembangkang sewaktu di Sidang Parlimen Khas.

“Sewaktu di Parlimen, saya nampak Menteri Kewangan membentangkan insentif dan bantuan-bantuan kerajaan kepada rakyat, sepatutnya dibincangkan dengan terperinci dan itu yang rakyat nak dengar, apa cadangan dari pembangkang misalnya untuk menambah baik apa yang dilakukan kerajaan.

“Tapi hari Khamis, berper4ng dari pagi tak sempat pun nak bahas tentang apa yang kita patut bantu rakyat dalam keadaan waktu susah ini,” katanya kepada pemberita ketika melawat Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Axiata Arena.

Justeru, beliau meminta semua ahli Parlimen tanpa mengira parti supaya bekerjasama membantu rakyat dalam kesusahan.

“Lupakan peper4ngan dalam politik, yang pentingnya kita kena bersama-sama tak kira parti mana sebab saya percaya tugas mereka adalah bantu rakyat.

“Kalau nawaitunya sama, tiada sebab kita tidak boleh meletakkan perbalahan politik ke tepi sementara untuk kita sama-sama berganding bahu untuk membantu menyelesaikan isu Covid-19 ketika ini dan kesan Covid-19 kepada rakyat.

“Cari jalan selesaikan masalah rakyat bukannya berbalah politik yang akhirnya tidak dapat selesaikan isu rakyat dan mungkin boleh menjejaskan apa yang dilakukan kerajaan,” katanya

Protes #Lawan: ‘Harap mereka tidak dij4ngkiti C0VID-19’ – Ismail Sabri

Tiada keperluan untuk mana-mana pihak melakukan bantahan di jalanan kerana kerajaan sentiasa berusaha mendengar suara dan pandangan rakyat, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri

Ismail Sabri YaakobPada masa yang sama beliau turut mengingatkan, tidak ada mana-mana perhimpunan dibenarkan ketika ini memandangkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk menangani COVID-19 masih berkuat kuasa.

Beliau yang mengulas mengenai protes berhampiran kawasan Dataran Merdeka pada pagi Sabtu, dalam pada itu, berharap agar semua peserta yang terbabit tidak dijangkiti COVID-19.

“Saya bimbangkan keselamatan peserta perhimpunan tersebut kerana terdedah kepada bahaya jangkitan COVID-19.

“Mungkin ada yang dijangkiti dan bawa COVID-19 pulang ke rumah lalu merebak hasil daripada perhimpunan tersebut,” katanya selepas mengadakan lawatan ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di AXIATA Arena di Bukit Jalil petang Sabtu.

Kira-kira 400 peserta menyertai perhimpunan ‘Keluar dan #Lawan’ berhampiran Dataran Merdeka pada pagi Sabtu.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Mohamad Zainal Abdullah berkata walaupun perhimpunan itu berlangsung secara aman, ia jelas melanggar peraturan dan semua mereka akan dipanggil membantu siasatan.

Mengulas lanjut, Ismail Sabri berkata, kerajaan menyediakan pelbagai platform untuk membolehkan suara rakyat sentiasa didengari tanpa mereka perlu turun ke jalanan.

“Kita dengar suara rakyat dari mana-mana. WhatsApp pun kita dengar. Saya setiap hari dapat cadangan daripada rakyat melalui pesanan WhatsApp.

“Setiap pandangan kita beri perhatian. Pelan Pemulihan Negara (PPN) kita bentang di Parlimen untuk dapat pandangan tambah baik. Tidak perlu sampai ke jalanan,” katanya.

‘Mereka mahu mer0sakkan negara’ – Hamzah Zainudin

Larut: “Mereka bukan tokoh politik, mereka adalah kumpulan yang nak merosakkan negara kita. Jadi saya panggil mereka penghasut.”

Demikian jawapan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin berhubung pemimpin politik didakwa terbabit dalam perhimpunan ‘Keluar dan #Lawan’ di ibu negara, hari ini.

Menurutnya, pihaknya mengesan pembabitan kumpulan itu dengan kebanyakannya didalangi oleh individu sama dengan tujuan untuk merosakkan negara.

“Kita akan ambil tindakan susulan selepas ini, dan akan umumkannya dari semasa ke semasa.

“Kadang-kadang saya tengok mereka ini orang yang sama, marah apabila kita membenarkan kilang (beroperasi) sebagai contoh, tetapi orang yang sama juga mengarahkan supaya semua orang turun untuk berkumpul.

“Sebab itu saya tahu dan faham bahawa kumpulan-kumpulan ini hanyalah untuk memecahbelahkan keadaan dan menimbulkan perasaan tidak senang dalam kalangan rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang selepas penyerahan Tabung Amanah Perwira dan Pertahanan Negara kepada Ida Marsita Harun, 45, balu Pegawai Penjara Alor Setar Allahyarham Sarjan Mohamad Nasrul Othman, 47, yang meninggal dunia akibat Covid-19 pada 28 September lalu.

Hadir sama, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN) Datuk Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz, Ketua Polis Negara Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani dan Ketua Pengarah Jabatan Penjara Malaysia Datuk Nordin Muhamad.

Hamzah berkata, tindakan individu terbabit berkumpul mengadakan demonstrasi adalah satu kesalahan terutama dalam waktu darurat ini.

“Berhubung perhimpunan itu, saya sudah minta Polis Diraja Malaysia (PDRM) membuat tinjauan dan jika kita dapati mereka melakukan kesalahan melanggar SOP (prosedur operasi standard), tindakan akan diambil.

“Ini kerana waktu ini adalah waktu di mana kita patut mematuhi SOP dan Ketua Polis Negara sendiri sudah mengingatkan kita bahawa Op Patuh masih lagi dijalankan.

“Sebenarnya kegagalan kita untuk melandaikan lengkuk jangkitan Covid-19 ini adalah kerana kita sendiri tidak disiplin dan melakukan perkara (berhimpun) sebegini rupa.

“Jadi bila ramai berkumpul menyebabkan penyakit (Covid-19) ini senang merebak,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *