Uncategorized

Dr Erin Bagitahu ‘R4hsia’ Mana Dapat Gelaran Doktor

Bekas isteri pendakwah popular Da’i Farhan yang dikenali sebagai Dr. Erin akhirnya menjelaskan gelaran doktor yang diterima.

Menurut Dr. Erin gelaran doktor yang sering dipertikaikan oleh ramai orang itu didapati dari Hollis Wellnes Center dan oleh kerana itu Namanya tiada dalam Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Drholis Wellness Center nama pusat rawatan yang mengabungkan semua jenis perubatan secara holistic sebab tu nama dia @drholisw. Ia menyediakan rawatan chiropractic, physiotherapy, naturopathy, homeopathy, hypnotherapy, spiritual energy, electronic medication serta rawatan perubatan islam..

“Nak cerita semua panjang kaji-kaji la selidik-selidiklah..Jika nak cakap nama saya tiada dalam KKM memang tiada sebab saya tak berkeje dengan KKM dan daftar bawah MMC (Malaysian

Medical Council) sebab bukan bidang saya.

“Saya bawah department TCM (Traditional & Complementary Medicine), di hospital KKM hanya beberapa hospital je ada TCM department tu pun Chinese Accupanture, Ayurveda dan Darul Syifa..,” jelasnya.

Dr. Erin menjelaskan perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.

Dalam masa yang sama, Dr. Erin turut mempertikaikan sistem perubatan Malaysia yang dikatakan masih ketinggalan berbanding negara lain.

“Pendek kata pendedahan dan penerimaan sistem perubatan Malaysia masih belum meluas dan masih jauh ketinggalan jika dibandingkan dengan negara-negara maju di luar sana yang kebanyakannya dah beralih kepada kaedah holistic medicine.

“Di negara-negara luar sistem penjagaan kesihatan mereka sudah beralih ke arah ketidakbergantungan kepada ubat-ubatan kimia lagi kerana mereka percaya tubuh badan kita mempunyai sifat self-healing.

“Tapi tidak bermakna kita harus menolak terus conventional medicine sedia ada kerana sistem perubatan adalah satu rangkaian yang sepatutnya melibatkan seorang doctor medical, ahli biochemical, ahli bioengineering dan juga alternative practitioners yang mana masing-masing mempunyai kepakaran yang tersendiri dan mempunyai satu matlamat utama iaitu “menyelamatkan ny4wa manusia semampunya,” beritahunya.

Bukan Gil4 T4lak! Dr. Erin Beri Nafkah Kepada Bekas Suami & Keluarga Ipar – “Walau Depa Hina Saya, Saya Tak Pandai Berdend4m”

Bekas isteri pendakwah bebas Da’i Farhan, Dr. Erin menafikan dakwaan dirinya gila talak selepas memuatnaik status terbaharu berkenaan bekas suaminya itu baru-baru ini.

Namun, sebaliknya kata Dr. Erin atau nama sebenarnya Noorainul Naqim Mohd. Radzi, dia masih menyantuni bekas suami-suaminya dan keluarga iparnya.
“Ada yang kata saya nak tarik perhatian baliklah, tunjuk baik nak get back lah, gila talak lah.

“Hello, nak habaq mai kat sini, saya ni bukan berbuat baik pada bekas suami saya si Farhan saja ya, pada kesemua bekas suami saya tetap saya layan baik dan santuni mereka.

“Dah cer4i pun saya masih beri nafkah pada bekas suami saya bila dia perlu duit ni ha.

“Akak yang dituduh perempuan tak baik inilah duk tolong. Walau depa satu keluarga bukan main hina tapi saya tetap layan anak depa, adik depa, abang depa, baik-baik selepas bercerai sebab itu memang sifat saya,” tulisnya di Instagram.

Tidak pandai berdendam, Dr. Erin turut menunjukkan bukti perbualannya bersama bekas suami-suaminya yang meminta wang dan bantuan daripadanya.

“Saya tak pandai dendam dengan orang. Jadi, tak ada istilah duk tunjuk baik nak balik pada Farhan.

“Screenshot ini bukan yang saya beli handphone pada Farhan ya. Ini antara saya dan bekas suami saya sebelum Farhan.

“Jadi, tiada istilah saya baik ada makna. Saya memang berbuat baik pada semua walaupun dia musuh saya,” jelasnya.

Dalam tangkap layar itu, Dr. Erin yang dipanggil ‘sayang’ telah memindahkan sejumlah wang kepada individu yang menggelarkan dirinya ‘b’.

Malah, individu terbabit mahu meminjam sejumlah wang bernilai RM3,000 dari Dr. Erin atas tujuan pembiayaan keperluan.

Meninjau ruangan komen, ada yang berpendapat pendedahan Dr. Erin (yang menanggung nafkah kepada suami) adalah satu dalam seribu.

“Pertama kali tahu perempuan bagi nafkah,” tulis seorang pengguna.

“Kena bezakan antara yang ambil kesempatan atas kita atau betul-betul perlu pertolongan,” nasihat individu lain

“Post ni untuk tunjukkan bekas suami-suami sis tu lelaki tak guna ker? Semua jenis sengkek tak ada duit. Sis pula bangga tunjuk aib bekas suami sis,” tambah pengguna lain.

Sebelum bercerai dengan Farhan pada April 2020, Dr. Erin pernah mendedahkan kepada Gempak dia pernah berkahwin sebanyak dua kali sebelum itu.

Hasil perkahwinannya sebelum ini, Dr. Erin dikurniakan lapan orang cahaya mata.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *