Uncategorized

Kecoh PPV KLCC ses4k, polis dedah punca dibanjiri warga asing

TINDAKAN segelintir majikan menghantar pekerja asing mereka tidak mengikut janji temu merupakan punca ribuan warga asing membanjiri Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di Kuala Lumpur, pada Rabu.

Polis mengesahkan kejadian yang berlaku di PPV KLCC seperti yang dipaparkan dalam klip video berdurasi 26 saat yang tular di media sosial.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata, kejadian itu berlaku apabila sesetengah majikan menghantar pekerja mereka tidak mengikut janji temu.

“Ramai pekerja warga asing dari Kuala Lumpur, Selangor dan Negeri Sembilan dihantar ke PPV KLCC.

“Mohon majikan tidak menghantar pekerja terlalu awal ke PPV yang ditetapkan bagi mengelakkan kesesakan,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Sinar Harian pada Rabu melaporkan kejadian ribuan warga asing beratur sepanjang kira-kira lebih dari satu kilometer di hadapan PPV KLCC.

Terdahulu, rakaman berdurasi 26 saat tular di media sosial menunjukkan warga asing beratur panjang di luar bangunan sehingga berlaku kesesakan.

Situasi itu menimbulkan kebimbangan orang ramai terhadap penularan j4ngkitan C0VID-19.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *