Uncategorized

Jawapan ‘tenang’ KJ dalam dewan rakyat ini dapat pujian pembangkang

Sejak hari pertama Sidang Parlimen Dewan Rakyat bermula semula pada 26 Julai 2021, semua platform media sosial hangat membincangkan perbalahan dan perbahasan yang tegang antara wakil-wakil rakyat.

Pastinya isu-isu yang sudah ‘terperam’ lama dilontarkan kepada pihak berwajib supaya ada penerangan yang jelas kepada semua termasuklah rakyat Malaysia.

“Excellent minister!”

Disebalik ketegangan dan saling menyalahkan antara blok pembangkang dan kerajaan, masih ada ‘secebis’ tolak ansur apabila Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, YB Khairy Jamaluddin telah menerima pujian daripada bekas Menteri Kesihatan Malaysia, Datu Seri Dr Dzulkefly Ahmad .

 

Mungkin boleh bekerjsama selepas ini

Menerusi perkongsian video dari Astro Awani, dapat didengar Dr Zul memuji dengan perkataan “excellent Menteri” susulan tindakan Khairy yang bersetuju dengan pendapat Ahli Parlimen Kuala Selangor di blok pembangkang itu mengenai isu vaksinasi.

Beliau juga memaklumkan yang mungkin mereka boleh bekerjasama untuk menangani permasalahan yang disebut bagi memastikan sebarang isu vaksinasi untuk rakyat Malaysia dapat ditangani dengan cermat.

Parlimen sepatutnya kena macam ni

Sehubungan dengan perkongsian di Twitter Astro Awani itu, rata-rata warganet berasa ‘tenang’ dan memuji kedua-dua ahli parlimen tersebut yang menjawab serta menerima pendapat masing-masing dengan matang.

Mereka juga berharap agar semua ahli parlimen dapat mengutarakan pendapat serta bekerjasama dalam sebarang isu berkaitan rakyat agar mampu menangani masalah pandemik di dalam negara dengan sebaiknya.

Ada juga yang legakan hati rakyat

Mudah je sebenarnya. Kalau ditanya tu jawab

Baru rasa ada parlimen & pemimpin kompeten Ni baru bincang, kita nak macam ni

Tidak cadang wajibkan v4ksin COVID-19 – KJ

KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak bercadang mewajibkan suntikan vaksin kepada rakyat selaras dengan kebebasan program vaksinasi yang lain dalam dasar kesihatan awam.

Perkara itu dinyatakan Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang menjelaskan semua vaksinasi yang lain tidak diwajibkan dan diambil secara sukarela.

“Kerajaan tidak mahu sampai memaksa orang ramai mengambil vaksin tetapi berharap kemudahan dan kebebasan dapat diberikan kepada mereka yang sudah lengkap vaksin.

“Kemudahan yang akan diberikan kepada mereka yang sudah lengkap vaksin akan diumumkan Perdana Menteri (Tan Sri Muhyiddin Yassin).

“Kita harap dengan kemudahan (kebebasan) ini, akan menarik mereka yang enggan berdaftar atau menerima vaksin ini. Mungkin mereka akan terpanggil apabila melihat orang yang sudah lengkap vaksin diberikan kemudahan nanti,” katanya dalam penggulungan Mesyuarat Khas Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab pertanyaan Nga Kor Ming (PH-Teluk Intan) mengenai cadangan supaya mewajibkan semua rakyat mendapatkan vaksin.

Sementara itu, mengenai perbekalan vaksin COVID-19 Sinovac digunakan bagi suntikan pertama untuk lapan juta orang yang masih belum vaksin, Khairy berkata, bekalan 14 juta stok itu untuk pasaran terbuka, kerajaan negeri dan swasta.

Beliau menjelaskan, bekalan vaksin Pfizer terikat dengan jadual penghantaran yang ditetapkan dua minggu ke hadapan.

Justeru, katanya, sukar untuk kerajaan membuat unjuran bekalan Pfizer.

“Apa yang dibuat Pfizer menjadi amalan syarikat itu untuk semua negara di dunia.

“Menggantikan vaksin Sinovac dengan bekalan Pfizer akan mengambil kira pertimbangan kepada kemampuan kerajaan kerana perolehan vaksin sudah maksimum,” katanya.

Namun, beliau memberi jaminan bahawa pertimbangan kerajaan itu bagi memastikan semua rakyat tidak kira di pedalaman, luar bandar dan kawasan bandar akan terus mendapat vaksin sekurang-kurangnya satu dos menjelang Oktober ini.

Sumber: Twitter @501Awani

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *