Hiburan

Olimpik Tokyo: Pelari Pecut Azreen Nabila Pecah Rekod Peribadi, Ini Kata2 Yuna Buat Ramai Merem4ng

Penyanyi, Yuna menzahirkan rasa bangga terhadap pencapaian yang telah diraih oleh pelari pecut negara, Azreen Nabila meskipun atlet tersebut menamatkan perlumbaan pusingan pertama 100m wanita Sukan Olimpik Tokyo di tempat ketujuh, awal hari ini.

Jelas Yuna atau nama sebenarnya Yunalis Zarai, Azreen telah pun berjaya menempatkan dirinya sebaris atlet-atlet terbaik dunia dan dia juga tidak sabar untuk melihat pencapaian yang akan diraih oleh pelari pecut berusia 21 tahun itu pada masa akan datang.

“So proud to see one of our own run in the Olympics. To run with the best athletes in the world. You are world class Azreen Nabila!

“Never stop doing what you do. I can’t wait to see how you will grow from this. This was a great start! Congratulations!,” tulisnya.

Kenyataan tersebut dikongsikan oleh penyanyi lagu, Terukir Di Bintang itu menerusi sebuah ciapan yang dimuat naik di laman Twitter.

Dalam pada itu, Yuna turut berharap agar Azreen tidak putus semangat dan terus berusaha melakar lebih banyak kejayaan selepas ini.

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen turut berkongsi rasa yang sama selain turut mendoakan semoga Azreen akan teruk sukses pada masa akan datang.

“You can tell how brave she was during the run pushing her best! #proudmalaysian.

“Indeed! She make all of us proud.

“Yasss congratulationa Azreen Nabila! Looking forward to see more of you in the future.

“So proud of azreen nabila!,” antara reaksi-reaksi netizen di laman Twitter.

Terdahulu, bintang kelahiran Kuala Terengganu ini telah pun terlebih dahulu membanggakan seluruh rakyat Malaysia selepas berjaya meraih tempat ke-3 sekali gus merekodkan catatan peribadi terbaik 11.77 saat dalam sesi kelayakan di sebelah pagi.

Menarik Tentang Azreen Nabila, Pelari Pecut Berhijab Negara Yang Korang Perlu Tahu

Selepas mencatat masa peribadi terbaik ketika melepas saingan awal awal pagi tadi, nama atlet pecut negara Azreen Nabila Alias terus menjadi bualan netizen. Lantas ia juga memberikan harapan buat rakyat Malaysia di Olimpik 2020.

Namun, pelari muda kelahiran Terengganu itu menamatkan saringan keenam dengan catatan 11.91 saat untuk menduduki tangga terakhir daripada tujuh pelumba. Sekaligus gagal mengulangi lariannya baiknya dalam pusingan pertama pertama 100 meter wanita Sukan Olimpik Tokyo sebentar tadi.

Rata-rata rakyat Malaysia tidak bersedih dengan kegagalan pelari berhijab ini dipenampilan sulung Sukan Olimpik atas tiket wildcard (jemputan). Tapi turut memberikan kata-kata semangat untuk beliau berjaya di masa akan datang.

Fakta tentang Azreen Nabila Alias , pelari pecut harapan negara.

1. Berasal dari Terengganu dan baru berusia 21, pernah diketepikan dalam skuad olahraga Terengganu ketika persiapan untuk menyertai kejohanan Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) pada usia 14 tahun kerana saiz fizikalnya yang kecil.

2. Masih belajar dan merupakan penuntut Universiti Putra Malaysia (UPM) dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Komunikasi.

3. Pelari berhijab yang simple, low profile dan cool. Seorang atlet yang bersemangat tinggi selain tidak banyak karenah sekali gus membuktikan dia mampu berjaya walaupun saiz fizikalnya kecil dengan ketinggian 1.52 meter.

4. Berada di Olympic dengan wild card iaitu secara jemputan.

5. Dia buat kejutan dengan kalahkan beberapa nama besar dalam kategori ini di Grand Prix Malaysia sebelum ini. Azreen berjaya memecah dan memegang rekod kebangsaan MSSM Bawah 15 Tahun dengan catatan 12.17 saat (s), rekod MSSM Bawah 18 Tahun dengan catatan masa 12.02s dan rekod Sukma dengan catatan 11.81s yang dilakukan pada 2018, cumanya rekod kebangsaan milik G Shanti sejak 28 tahun lalu dengan catatan masa 11.50s belum dapat dipecahkan lagi.

6. Mula berlatih berlari dari tingkatan Satu hingga lima bersama bekas jurulatihnya, Mohd Nizam Md Yusop dan berjaya menjadi Olahragawati Sukan Malaysia (Sukma) Perak 2018 dan pernah bersama quartet 4×100 di SEA Games baru-baru ni.

7. Dia di Jepun tanpa jurulatih disisi iaitu M.Balamurugan dan bersendirian.

Moga Azreen terus maju kehdapan dan membanggakan nama Malaysia di masa akan datang. Jalan terus Azreen!!!!

Sumber: hmetro, astro arena, media hiburan, remaja

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *