Uncategorized

Pak Cik yg Kena Jerkah Dgn Carl Samsudin Tampil Bersuara

Warga emas yang didakwa telah dihina oleh seorang instafamous lelaki akhirnya tampil bersuara.

Menerusi satu video yang tular di media sosial, warga emas tersebut berulang kali mengucapkan terima kasih kepada orang ramai.

“Ya terima kasih banyak, saya tak boleh balas, saya hanya serah pada Tuhan.

“Ya dia betul, bukan Tuhan mengubah nasib kita, kita ubah sendiri nasib kita,” katanya ringkas.

Video pendek berdurasi 13 saat itu ternyata membuatkan ramai netizen sebak apabila warga emas itu kelihatan sugul dan sedih.

“Sabarlah pakcik, dunia penuh dengan kekejaman”

“Kesiannya pakcik dihina macam tu, sabar ya”

“Dia sebak maybe pertama kali orang ambil peduli pasal dia, sedih weh,” tulis beberapa netizen.

Rakaman tersebut telah mencetuskan rasa marah netizen apabila usahawan terbabit mengungkapkan sepotong ayat, “Masa muda dulu menyesal tak?” dengan nada yang dikatakan begitu sombong dalam sesi program keusahawanan dan motivasi sebahagian gelandangan di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Netizen juga turut menggesa orang ramai agar memboikot jenama fesyen dan produk yang dikeluarkan oleh Instafamous itu bersama isterinya.

VIDEO:

Antara yang turut menyuarakan ketidakpuasan hati itu termasuklah pelakon terkenal, Aaron Aziz.

Tajuk berbaur fitnah, Aaron Aziz beri amaran kepada blogger – Kosmo Digital

Sekadar info, susulan daripada video yang tular berkenaan, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Mohamad Zainal Abdullah memaklumkan pihak polis telah memanggil lelaki terbabit dan dia dikenakan kompaun kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP).

Usahawan tersebut yang juga suami kepada pemilik butik pakaian wanita terkenal itu dikenakan kompaun sebanyak RM1,500 kerana tidak memakai pelitup muka.

Terbaru, pelakon, Sharnaaz Ahmad turut meluahkan perasaannya sebaik sahaja melihat video tersebut.

Pak cik ada hak untuk saman dia

Aku rasa satu Malaysia tahu pasal dia ni. Aku tak tahu apa sumbangannya kepada negara sampai dia boleh cakap macam tu kepada orang. Adakah dia pakar motivasi dan apakah kejayaan dia yang kita perlu banggakan. Kepada pak cik yang dihina di khalayak ramai tu, pak cik ada hak untuk saman dia. Pak cik ambil la Lamborghini dia. Pak cik boleh pakai dan ajak geng pak cik semua pi relax, walaupun keadaan tengah tak elok. Pak cik saman dan kita tengok netizen boleh tolong tak guna lawyer ajar dia. Tak guna maki dan lepas dekat media sosial. Kita lawan guna law biar dia terduduk macam mana pak cik kena.

Umum mengetahui, Sharnaaz merupakan salah seorang selebriti yang dipercayai lantang bersuara apabila membabitkan isu-isu viral yang berlaku di negara ini. Berhubung video viral semalam, Sharnaaz memberitahu bahawa warga emas tersebut boleh mengambil tindakan undang-undang terhadap ahli perniagaan itu. Ini kerana, individu berkenaan didakwa telah memalukan warga emas tersebut di hadapan khalayak ramai.

Biar tak handsome janji beradab

Biar tak handome janji ada adab. Ni dua-dua pun haus.

Di akhir Instagram Story, Sharnaaz memberitahu dia mampu membayar semula wang ahli perniagaan tersebut tiga kali ganda daripada jumlah yang diberikan. Ujar Sharnaaz lagi, ahli perniagaan tersebut perlu belajar mengenai adab terutama membabitkan golongan warga emas.

Sumber : GEMPAK

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *