Uncategorized

Pemenang Emas Angkat Berat Filipina Sempat Berlatih Di Malaysia. Sekali muncul pula dakwaan Dr Adham Baba bantu kejayaan Hidilyn Diaz

Atlet angkat berat Filipina, Hidilyn Diaz, mencatat sejarah tersendiri apabila berjaya merangkul emas pertama untuk negaranya dalam sukan Olimpik Tokyo 2020 melalui acara angkat berat wanita kategori 55 kilogram.

Bukan hanya kemenangan Hidilyn sahaja yang berjaya mencuri perhatian dunia malah kisah suka dukanya sebelum berangkat ke Tokyo juga turut menjadi perbualan.

Mungkin masih ada yang tidak tahu sebenarnya Hidilyn terkandas di Malaysia sejak tahun lalu berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga terpaksa menjadikan garaj rumah keluarga angkatnya di Jasin, Melaka sebagai lokasi latihan.

Lebih manis lagi, jaguh dunia berusia 30 tahun ini juga tidak lupa kepada keluarga angkatnya dan mengucapkan terima kasih Malaysia kerana banyak membantunya.

“Perjalanan ke Tokyo 2020 sangat mencabar. Saya amat bersyukur kepada Tuhan kerana menghantar saya ke Malaysia untuk berlatih dengan baik.

“Dia mengirimkan saya ramai orang seperti komuniti angkat berat di Filipina dan Malaysia, yang banyak membantu saya dalam perjalanan ini.

“Thank you orang Kesang Tua, Nyalas. Saya berterima kasih kepada orang di Jasin, Melaka, yang memberikan saya tempat tinggal dan gimnasium ketika saya berasa gusar dan tidak tahu untuk pergi ke mana.” katanya dalam sidang media di Tokyo yang disiarkan menerusi Astro Arena.

Di sini kami kongsikan beberapa foto sesi latihan Hidilyn di Melaka yang diambil menerusi akaun Instagramnya.

Sekadar info, Hidilyn memenangi pingat emas menerusi kategori 55 kilogram (kg) dan berjaya melakukan angkatan peribadi terbaik 127kg dalam acara clean and jerk semalam.

Bukan itu sahaja, catatan keseluruhan 224kg yang dilakukannya juga telah mencatatkan rekod baru Olimpik

Kemenangannya juga merupakan pingat emas pertama Filipina dalam sejarah Sukan Olimpik.

Olimpik Tokyo: Dr Adham Baba bantu kejayaan Hidilyn Diaz

KUALA LUMPUR: Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba adalah antara individu yang menyumbang kepada kejayaan jaguh angkat berat Filipina, Hidilyn Diaz merangkul emas pertama buat negaranya di Olimpik Tokyo 2020.

Dalam satu kenyataan media Menteri Kesihatan hari ini, Dr Adham turut bertanggungjawab membantu atlet itu menerima suntikan vaksin COVID-19.

Hidilyn, atau lebih mesra dikenali sebagai Hidi, pernah terkandas di Jasin, Melaka sejak tahun lalu akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Dr Adham adalah insan yang bertanggungjawab membantu Hidi menerima suntikan vaksin AstraZeneca sehingga melayakkan Hidi dan pasukannya dapat berangkat ke Tokyo, Jepun.

“Surat yang dihantar oleh Tuan Yang Terutama Charles C. Jose, Duta Besar ke Malaysia kepada Dr Adham telah diberikan kelulusan segera oleh Menteri Kesihatan Malaysia untuk membantu atlet ini yang pada ketika itu sedang menjalani latihan di Jasin, Melaka,” menurut kenyataan itu.

Akibat terkandas di Malaysia, kisah Hidilyn menjadikan garaj rumah keluarga angkatnya di Jasin sebagai lokasi latihan mencuri perhatian dunia.

Pemilik rumah berkenaan, Ahmad Janius Abdullah yang juga Timbalan Presiden Persekutuan Angkat Berat Malaysia (PABM) membuat beberapa pengubahsuaian di rumah pusaka ibu mertuanya di Kampung Kesang Tua bagi membantu latihan Hidilyn.

Atlet berusia 30 tahun itu melakar sejarah apabila muncul atlet pertama Filipina meraih pingat emas Olimpik dalam acara angkat berat wanita bagi kategori 55 kilogram pada Isnin. – Gambar fail

Atlet berusia 30 tahun itu melakar sejarah apabila muncul atlet pertama Filipina meraih pingat emas Olimpik dalam acara angkat berat wanita bagi kategori 55 kilogram pada Isnin.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *