Uncategorized

P0lis akhirnya keluar kenyataan terhadap mereka yg lempar tvduhan terhadap UEL

Sebelum ini, pendakwah bebas terkenal, Ustaz E.bit L3w (UEL) telah membuat laporan polis berhubung dakwaan yang dilemparkan oleh beberapa individu terhadap dirinya.

Kini, pihak polis dalam proses untuk merakamkan keterangan Ketua Pegawai Eksekutif Cinta G4.za Malaysia (CGM), Muhammad Nadir Al-Nuri serta penyanyi rap, Caprice mengenai isu misi bantuan di G4.za, P.4lestin3.

Belum rekod percakapan Nadir Al-Nuri dan Caprice

Menurut Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah, proses rakaman percakapan Nadir Al-Nuri dan Caprice dibuat bagi membantu siasatan berhubung laporan yang dibuat oleh E.bit L3w pada 22 Julai lalu.

Kita belum rekod percakapan dua individu ini dan belum ada tarikh lagi. Polis sedang berusaha untuk berbuat demikian.

Ujarnya lagi, setakat ini hanya rekod percakapan pendakwah terkenal itu sahaja yang telah diambil. Jika ada sebarang perkembangan terbaru, pihak polis akan memaklumkan perkara tersebut.

Walau bagaimanapun, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 500 serta 504 Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

‘Cukuplah Sampai Sini Ya’ – E.bit L.ew Maafkan Semua, Tak Mahu Panjangkan Isu Bantuan

Menerusi posting yang dimuat naik oleh Ustaz E.bit L3w (UEL) di laman Instagram, pendakwah bebas terkenal itu mengatakan bahawa dia telah memaafkan semua individu yang telah memfitnah serta menjatuhkannya.

‘Kita semua sebuah keluarga’

Saya maafkan semua yang pernah panggil saya syaitan, dajjal, b*b*, b*d*oh, penunggang, dan lain-lain. Kita semua sebuah keluarga sampai bila-bila. Saya maafkan kerana Allah.

Ujarnya lagi, dia turut memaafkan kepada sesiapa yang telah menyakitkan hati Allahyarham bapanya, isteri dan anak-anaknya serta kepada sesiapa sahaja yang terlibat dalam perkara berkenaan secara langsung mahupun tidak kerana niatnya hanya untuk menjelaskan segala tuduhan terhadap dirinya.

Saya berpesan pada diri saya dan kita semua supaya bersatu hati dan marilah kita bersama berdoa supaya Allah angkat musibah C0.VID-l9 ini. Semoga Allah beri kekuatan pada barisan hadapan dan semua yang ditimpa virus ini sembuh. Berat keadaan negara kita.

Sedang kita berselisih begini ramai orang miskin dan anak yatim lapar. Ramai hilang kerja dan tempat tinggal. Tanyalah khabar jiran dan keluarga terdekat. Bila 2 orang berselisih keduanya tidak untung. Tapi yang untung adalah syaitan.

Di akhir posting berkenaan, UEL mengatakan bahawa cukuplah perkara itu sampai sini dan dia meminta agar orang ramai mendoakannya.

Ya Allah jika ada pahala untuk semua yang berlaku ini saya hadiahkan semua pahalanya buat mak ayah saya.

Sumber : Berita Harian Via OhBulan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *