Uncategorized

Sajat akhirnya diberi notis b4nkrap. Ini yg berlaku selama beliau hil4ng

SHAH ALAM – Usahawan kosmetik kontroversi, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau Nur Sajat diberi notis kebankrapan melalui penyampaian ganti menerusi notis iklan dan penampalan selepas dibenarkan Mahkamah Tinggi di sini.

Ini susulan kegagalan Nur Sajat dalam membayar jumlah penghakiman sebanyak RM200,000 kepada bekas stokis utama dalam bengkung dan girdle miliknya.

Peguam OWA Resources, Nurul Hafidzah Hassan yang mewakili kedua-dua plaintif, Nurwati Hussin, 41, dan Mohammed Syakir Hussin, 32, berkata, penyampaian notis itu selepas anak guamnya tidak dapat menjejaki lokasi sebenar defendan.

Ujarnya, notis iklan dan notis tampal telah pun dibuat minggu ini dan pihaknya belum menerima sebarang affidavit membantah notis kebankrapan itu oleh Nur Sajat

“Oleh itu, kami telah mendapatkan kebenaran mahkamah untuk menyerahkan notis secara iklan dan menampal notis di mahkamah dan di depan rumah defendan (Nur Sajat).

“Pada tahun lepas, anak guam berjaya membekukan akaun bank defendan, tetapi hanya memperoleh RM5,000 iaitu baki terkini akaun tersebut melalui tindakan garnisi terhadap kesemua akaun defendan. Berikutan kegagalan defendan membayar penghakiman mahkamah, anak guam tiada pilihan lain melainkan membankrapkan defendan,” katanya.

Mengikut penghakiman Mahkamah Rayuan pada April lalu, Nur Sajat gagal dalam rayuannya bagi membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam yang memerintahkan usahawan itu membayar ganti rugi sebanyak hampir RM200,000 kepada OWA Resources.

Difahamkan, pihak Muhammad Sajjad ada membuat cadangan awal bulan ini untuk membayar ganti rugi tersebut secara ansuran sebanyak RM3,000 sebulan sehingga selesai pembayaran penuh, tetapi pihak plaintif tidak bersetuju dengan cadangan tersebut.

Mengulas lanjut, Nurul Hafidzah berkata, OWA Resources sebelum ini cuba menyerahkan notis bankrap kepada Muhammad Sajjad sebanyak tiga kali termasuk percubaan menyerahkan surat temu janji, namun gagal kerana defendan tidak dapat ditemui.

“Justeru, plaintif telah memfailkan notis tersebut untuk serahan secara alternatif melalui notis iklan di surat khabar, mahkamah dan hadapan rumah defendan,” jelasnya.

Berdasarkan notis berkenaan, Nur Sajat perlu membayar RM113,327.00 dengan lima peratus kadar faedah setahun atas jumlah baki dari 13 September 2018 (tarikh pemfailan writ saman) sehingga 3 Mac 2021 (tarikh notis kebankrapan) serta kos mahkamah sebanyak RM70,000.00 dan setakat 3 Mac lalu, jumlah itu menjadi RM197,329.87.

Akta Insolvensi 1967 membenarkan prosiding kebankrapan dimulakan ke atas mana-mana individu yang gagal membayar penghakiman melebihi RM100,000.

Nur Sajat sebelum ini menjadi buruan selepas dikenakan waran tangkap oleh Mahkamah Tinggi Syariah selepas gagal hadir sebutan semula kes berhubung dakwaan menghina Islam. Setakat ini, kedudukan usahawan tersebut masih belum diketahui dan dipercayai berada di luar negara.

sumber: kosmo

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *