Uncategorized

Selepas kena notis b4nkrap, mahkhamah benarkan perkara ini di lakukan di depan rumah Sajat

Lama tidak mendengar berita berkenaan usahawan penuh kontroversi, Muhammad Sajjad bin Kamaruzzaman atau Nur Sajat setelah sekian lama menghilangkan diri susulan identiti sebenarnya terbongkar.

Lokasi sebenar dirinya juga masih tidak dapat dipastikan kerana banyak rumor mengatakan dia berada di luar negara.

Notis bankr4p untuk sajat, mahkamah benar tampal depan rumah

Lama tidak mendengar berita berkenaan usahawan penuh kontroversi, Muhammad Sajjad bin Kamaruzzaman atau Nur Sajat setelah sekian lama menghilangkan diri susulan identiti sebenarnya terb0ngkar.

Lokasi sebenar dirinya juga masih tidak dapat dipastikan kerana banyak rumor mengatakan dia berada di luar negara.

Notis untuk Sajat

Walau bagaimanapun, menerusi Harian Metro, nama Sajat kembali disebut apabila satu berita memaklumkan yang Mahkmah Tinggi Shah Alam telah membenarkan notis kebankrapan terhadap usahawan tersebut diserahkan secara penyampaian ganti melalui notis iklan dan penampalan.

Tak dapat jejak lokasi Sajat

Menurut peguam utama OWA Resources, Nurul Hafidzah Hassan, perkara ini berikutan kegagalan usahawan terbabit membayar penghakiman sebanyak RM200,000 kepada bekas stokis utama iaitu OWA Resources seperti yang diputuskan Mahkamah Rayuan pada April lalu.

“Dua plaintif dari OWA Resources iaitu Nurwati Hussin, 41, dan Mohammed Syakir Hussin, 32, berkata, notis berkenaan sudah dibuat minggu ini namun pihaknya belum menerima sebarang

afidavit membantah notis kebankra4pan itu oleh pihak Muhammad Sajjad.”
“Pihak anak guam tidak dapat menjejaki lokasi sebenar defendan.”
“Oleh itu, kami mendapatkan kebenaran mahkamah untuk menyerahkan notis secara iklan, menampal notis di mahkamah dan di depan rumah defendan,” katanya.

Nak bayar ansur tapi ditolak

Tambah Hafidzah lagi, mengikut penghakiman Mahkamah Rayuan, Sajat gagal dalam rayuan untuk membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam yang memerintahkannya membayar ganti rugi sebanyak hampir RM200,000 kepada OWA Resources.

“Difahamkan, pihak Sajat ada membuat cadangan awal bulan ini untuk membayar ganti rugi itu secara ansuran sebanyak RM3,000 sebulan sehingga selesai pembayaran penuh tetapi pihak plaintif tidak bersetuju dengan cadangan tersebut,” ujarnya.

Surat notis diiklan ke surat khabar & tampal depan rumah
OWA Resources sebelum ini cuba menyerahkan notis bankr4p kepada usahawan tersebut sebanyak 3 kali termasuk percubaan menyerahkan surat temujanji dan percubaan lain.

Namun, semua percubaan serahan itu gagal kerana Sajat tidak dapat ditemui. Jadi plaintif memfailkan notis terbabit untuk serahan secara alternatif iaitu melalui notis iklan di surat khabar, di mahkamah dan juga di depan rumah defendan.

Sajat dikehend4ki polis, bantu kes tukar maklumat kad pengenalan

Terdahulu Usahawan kosmetik, Muhammad Sajjad Kamaruzzaman atau lebih dikenali sebagai Nur Sajat dikehendaki polis bagi membantu siasatan kes penipuan menukar maklumat kad pengenalan.

Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya dalam kenyataan hari ini, memaklumkan Sajat yang juga saksi dikehendaki hadir prosiding perbicaraan kes berkenaan di Mahkamah Ampang Jaya pada 14 Julai ini.

“Bahagian Siasatan Jenayah Komersial IPD Ampang Jaya sedang mengesan Muhammad Sajjad yang beralamat terakhir di No 2 Jalan Polo Country Club Selangor, 10/3 Kota Damansara, Seksyen 10, Petaling Jaya, Selangor bagi menghadiri perbicaraan kes terbabit,” katanya.

Terdahulu, Harian Metro melaporkan Sajad, 36, diburu pihak berkuasa selepas waran tangkap terhadapnya dikeluarkan selepas gagal hadir sebutan semula pertuduhan berpakaian wanita di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, Selangor.

Sebelum ini, media melaporkan Sajat didakwa sedang bersembunyi di Thailand selepas menghilangkan diri susulan waran tangkap berkenaan.

Sumber: Harian Metro (Ruwaida Md Zain)

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *