Amalan

Selepas m4lukan Warga emas depan orang, influncer ini tampill muat naik satu status

MELIHAT kepada video pendek membabitkan seorang pengasas produk kecantikan meninggikan suara kepada seorang warga emas sudah cukup membuatkan orang ramai panas hati.

Pelakon Yana Samsudin antara yang bengang dengan kelakuan lelaki berkenaan kerana dilihat seolah-olah tidak tahu tentang adab ketika bercakap dengan orang yang lebih berusia.

“Saya tak kenal dia… macam biasa saya scroll Instagram nak tahu perkembangan hari ini dan nampak pula video tersebut.

“Saya memang marah sangat sebab bagi saya apa yang dia buat itu agak kasar dan biadab… tak sepatutnya seorang pakcik diperlakukan sebegitu rupa.

“Walau siapa pun kita, tak kiralah penceramah ke ahli perniagaan ke… kita kena tahu adab kalau nak bercakap dengan orang,” katanya ketika dihubungi mStar.

Yana turut menambah lelaki tersebut perlu tahu cara-cara untuk berinteraksi lebih-lebih lagi sekiranya dia adalah seorang yang dikenali ramai.

“Mungkin dia buat sesi motivasi, memang boleh nak bertanya kepada audience dia… tapi cara dia berinteraksi itu tak kena.

“Dia boleh rendahkan intonasi dia, bukannya tanya macam nak pergi berperang. Sebagai contoh, boleh je kalau dia cakap, ‘minta maaf pakcik saya nak bertanya ni’. Itu lebih manis.

“Kasihan saya tengok pakcik itu diperlakukan macam itu. Saya harap benda ini jadi iktibar untuk semua orang agar sentiasa jaga adab,” katanya.

Saya memang marah sangat sebab bagi saya apa yang dia buat itu agak kasar dan biadab.

Terdahulu, pelakon Sherry Ibrahim berkongsikan sebuah video menunjukkan lelaki yang dipercayai usahawan produk kecantikan bercakap dengan nada tinggi dan mempersoalkan tentang masa silam seorang lelaki warga emas semasa menjalankan satu sesi motivasi.

“Menyesal tak masa muda dulu tak buat betul-betul? Banyak main-main, tak buat betul-betul… malas, menyesal tak?” soal usahawan itu kepada warga emas berkenaan dalam nada tinggi di hadapan orang ramai.

Yana atau nama sebenarnya Norliana Samsudin, 37, turut meninggalkan komennya menerusi entri tersebut kerana sedih melihat air muka warga emas yang seusia bapanya itu.

“Ayat tu boleh elok sikit… Ya Allah, pakcik tu dah macam ayah aku… sangat biadab!” tulisnya.

Yana sedih lihat warga emas diperlakukan seperti itu.

Selain Yana, beberapa selebriti tempatan turut mengecam tindakan biadab lelaki tersebut.

“Eh dia punya dabik dada… kenapa tak ambil emak ayah dia sendiri ganti tempat pakcik tu? Baru senang sikit, sudah hina orang” tulis Shakilla Khoriri.

“Sebab itu orang cakap adab ini tak ternilai, orang banyak duit belum tentu boleh beli abab,” kata penyampai radio, Raden.

“Allah boleh tarik nikmat rezeki yang diberikan bila-bila masa je. Ini terjadi apabila dah rasa diri tu hebat sangat. Hilang respek, duit tak boleh beli adab” kata Uyaina Arshad.

Tampil Minta Maaf

Dalam pada itu, influencer terbabit tampil memuat naik permohonan maaf di Instgram beliau dan dia juga tidak dapat membalas segala dm

Akhir sekali

Di harapkan Influencer terbabit muhasbah diri kerana tidak semua orang bernasib baik. Persekitaran mereka di besarkan dan peluang yang hadir membezakan tahap pencapian seseorang

Mungkin kita sama-sama renungkan tulisan berikut

Aku senaraikan di sini 5 orang tua yang kau boleh tuduh dia tak kerja kuat masa muda:

1. Leo Goodwin
Mamat ni founder syarikat insurance brand GEICO. Hari ni GEICO ada 27,000 orang pekerja dengan pemegang policy seramai 14 juta orang di seluruh dunia.
Pada umur berapa dia mulakan GEICO?
52 tahun.

2. Harland David Sanders
Founder Kentucky Fried Chicken (KFC) ini memulakan perniagaannya pada umur 62 tahun!
Hari ni KFC ada 18,800 outlet di 118 buah negara seluruh dunia.
Apa Col.Sanders ni buat masa muda? Mungkin dia cuba jual pakaian muslimah jenama Bangang Amarah tapi sebab dia malas so dia tak sukses lebih awal.

3. Wally Blume
Brader ni tubuhkan company Denali Flavors masa umur dia 54 tahun. Dia buat company aiskrim. Breakthrough dia datang masa umur 62 tahun apabila dia perkenalkan Denali Moose Track flavor kepada dunia.
Hari ni Blume pegang 30 copyright flavor dengan turnover perniagaan bernilai lebih USD80 juta setiap tahun.
Tapi Wally Blume ni pun aku rasa bodo sebab malas masa muda. Kalau dia rajin mesti awal lagi dia dah jadi usahawan dan bukan bisnes poyo consult orang dengan gaya ikat rambut ekor kuda.

4. Carol Gardner

Minah ni pula founder jenama Zelda Wisdom. Company dia simple je buat greeting cards. Carol Gardner ni set up company dia masa umur 52 tahun. Masa tu dia baru bercerai, depressed dan broke.

Walaupun umur dah tua, dia teruskan juga Zelda company dan valuation syarikat Zelda Wisdom ni sekarang around USD50 juta.

Jangan tanya apa Carol Gardner buat masa umur 30’an. Most likely dia pemalas dan makan berak tidur saja.

5. Anita Crook

Nenek ni start bisnes handbag organizer masa umur 59 tahun, brand Pouchee. Umur 64 tahun dia dah jadi multi millionaire.

So apa dia buat masa muda?

Entah, maybe Devils sent her untuk buat kurang ajar dengan orang tua.
****
Jangan sampai aku senaraikan list orang konon berjaya masa muda, tapi melingkup masa tua.

Berjaya hidup di dunia benda yang sacred lagi suci.

Kalau duit ringgit dan harta benda itu tanda berjaya, maka Qaruun lah yang paling berjaya.

Dan kalau kuasa serta pengaruh itu tanda berjaya, maka Firaun lah idola kita.
Hidup jangan mendabik dada dengan angka dalam bank, ringgit dalam poket, ilmu dalam kepala, harta dalam peti, list rumah berjela jela, kereta harga sejuta atau pengaruh satu dunia.

Angkat budi dan jasa,

Bukan suara mencela hina.

Angkat respect dan dignity,

Bukan kata kata menguris hati.

Angkat akal dan nurani,

Bukan berlagak bebal God Sent Me.

Angkat wisdom dan hikmah,

Bukan kutuk pakcik tua yang lemah.
***
Aku tutup tulisan ni dengan meminjam kata kata agung Buya Hamka,

Manusia itu berasal dari tanah,

Makan hasil tanah,

Berdiri atas tanah,

Akan kembali ke tanah,

Justeru kenapa masih bersikap Langit?

kredit: Fdaus Ahmad

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *