Uncategorized

Wartawan keliru jenis v4ksin diterima utk dos pertama, terus lapor p0lis

Seorang wartawan membuat laporan polis selepas keliru dengan jenis v4ksin bagi dos pertama yang diterimanya.

Lelaki berusia 47 tahun itu berkata, ia selepas Borang Persetujuan Suntik4n V4ksin C0vid-19 dan kad temu janji untuk dos kedua miliknya menunjukkan jenis vaksin yang berbeza.

“Ketika disuntik dos pertama, saya menandatangani borang persetujuan untuk vaksin Pfizer. Tetapi kad temujanji saya untuk dos kedua menunjukkan saya akan disuntik dengan vaksin Sinovac.

“Kini saya keliru dan tertekan kerana apakah jenis vaksin yang sebenarnya saya terima ketika dos pertama,” katanya yang enggan dinamakan kepada Malaysiakini.

Menurutnya, dia menerima dos pertama vaksin Covid-19 di pusat pemberian vaksin (PPV) Dewan Orang Ramai, Taman Bukit Mewah di Kajang, Selangor pada 16 Jun lalu.

Dia membuat laporan polis di Balai Polis Semenyih pada 24 Julai lalu bagi meminta penjelasan terperinci daripada Kementerian Kesihatan.

Ketua Polis Daerah Kajang Mohd Zaid Hassan ketika dihubungi mengesahkan laporan polis tersebut dan berkata kes itu akan dirujuk kepada Kementerian Kesihatan.

Malaysiakini juga telah menghubungi adan Bertindak Imunisasi C0vid-19 (CITF) untuk mendapatkan maklum balas berhubung perkara ini.

Dalam laporan polis yang dilihat Malaysiakini, lelaki itu berkata selepas tidak dapat hadir temu janji dos kedua pada 7 Julai kerana tidak sihat, dia ke PPV Bangi Golf Resort Club pada 24 Julai.

Ketika itu, katanya, kakitangan di PPV memberitahu dia akan menerima vaksin Sinovac berdasarkan kad temu janjinya.

“Saya rasa terkejut dan beritahu pegawai kesihatan berkenaan bahawa saya tak boleh menerima Sinovac kerana telah disuntik dengan v4ksin Pfizer.

“Saya tunjukkan surat pengesahan suntikan Pfizer yang saya tandatangani (tetapi) dia beritahu kad temu janji adalah (untuk) vaksin Sinovac,” katanya.

Katanya lagi, pegawai itu kemudian membuat semakan rekod dan mengesahkan yang dia memang menerima vaksin Pfizer untuk dos pertama dan memberitahu dia akan diberikan vaksin yang sama untuk dos kedua.

“Tetapi saya minta penangguhan kerana rasa keliru sama ada dos pertama yang disuntik adalah Pfizer atau Sinovac,” katanya menurut laporan itu.

Ketika bercakap dengan Malaysiakini, dia juga berkata pegawai tersebut memaklumkan terdapat kesilapan pada kad temu janji yang diterimanya.

“Dia kata saya diberi kad temu janji Sinovac kerana kad temu janji untuk Pfizer sudah habis.

“Tapi saya tangguh suntikan kedua kerana bimbang suntikan vaksin berlainan akan mengakibatkan masalah kesihatan,” katanya lagi.

Apa kata anda? Kongsikan bersama kami

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *