Uncategorized

Yusuf Azmi tampil bagi satu ‘Nasihat’ Kepada Influencer yg Biadab dgn Warga Emas

Tular satu video yang menunjukkan seorang influencer yang berkelakuan biadap dengan seorang warga emas. Kejadian tersebut menjadi tular di media sosial dan mendapat kritikan dari netizen.

Lelaki tersebut dikatakan turun ke tempat gelandangan di Pusat Transit Gelandangan di Kuala Lumpur untuk memberikan motivasi kepada lebih kurang 20 orang gelandangan dengan tajuk ‘Ubah Hidup’.

Yusuf Azmi. Menerusi laman facebooknya memberi kata dua kepada influencer tersebut “Di antara awak pergi mintak maaf dengan Pakcik tersebut atau saya akan bersemuka dengan AWAK!”

Yusuf Azmi jugak mempersoalkan siapa lelaki tersebut untuk mempersoalkan penyesalan hidup pakcik tersebut. Beliau jugak menasihatkan agar lelaki itu jangan bongkak.

“Selamba tinggi suara pada warga emas, konon nak bagi motivasi? Eh awak turun ke pusat gelandangan, kemudian nak perlekeh lekehkan mereka” kata beliau lagi.

Beliau juga berkata, ingat Allah boleh tarik rezeki yang diberikan bila bila lasa saja. Tempat tersebut beliau pernah turun sebelum ini untuk memberikan bantuan.

“Orang macam awak inilah yang menjatuhkan imej Islam! Sebelum nak bagi motivasi pergi baca buku adab” tambah beliau lagi.

Berikut tulisan penuh saudara Yusoff Azmi di laman facebook beliau

“Turun Tempat Gelandangan, Bajet Bagus Bagi Motivasi??

Awak Siapa?? Ini terjadi bila rasa diri tu hebat sangat! Hilang hormat.

Selamba tinggi suara pada warga emas, konon nak bagi MOTIVASI? Eh awak turun ke Pusat Gelandangan, kemudian nak perlekeh-lekehkan mereka? Siapa awak nak mempersoalkan penyesalan hidup Pakcik ini?

Awak tak tahu, susah senang kehidupan dia sepanjang 64 tahun.

Hari ini Allah hantar Semboyan untuk nasihatkan awak.. Carl Samsudin, tolonglah jangan BONGKAK!

Ingat ye, Allah boleh tarik nikmat rezeki yang diberikan bila-bila masa saja..

Tempat tersebut kami pernah turun untuk beri bantuan.. Dan awak tak ada hak nak cakap macam itu pada Pakcik ini ?

Orang macam awak inilah yang menjatuhkan imej Islam! Sebelum nak bagi motivasi, pergi baca dulu buku adab..

Berjaya macam mana pun, adab kena jaga. Tegur jangan sampai MENGHINA!

Di antara awak pergi minta maaf dengan Pakcik tersebut atau saya akan bersemuka dengan AWAK!”

Dalam perkembangan yang berkaitan, pihak polis telah memanggil Influencer tersebut untuk mengambil keterangan berkenan insiden tersebut. Pihak polis juga telah mengeluarkan kompaun kerana lelaki itu tidak memakai pelitup muka ketika berada di khalayak ramai.

Sila kongsi sekiranya bermanfaat dan berikan komen untuk membantu kami menambah baik halaman ini.

Aron Aziz Sudah P4nas

Kuala Lumpur: Sikap biadap seorang lelaki meninggikan suara terhadap lelaki warga emas di sebuah pusat transit gelandangan di sini, yang tular hari ini mencetuskan kemarahan pelakon Datuk Aaron Aziz.

Aaron yang dikenali menerusi watak Malek dalam filem KL Gangster meluahkan perasaannya menerusi media sosialnya.

“Salam brader. Lu Kalau nak tolong orang jangan nak korek corek kisah silam siapa siapa. Gua tak tahu la lu siapa tapi jaga lu punya adab.

“Diaorang gelandangan, penagih ke, pengemis ke, lu kalau nak buat kerja kebajikan ini bukan caranya.

“Jangan jatuhkan maruah orang, semangat orang, pendirian orang, nasib orang. Kalau lu rasa lu dihantar Tuhan untuk ‘tolong’ orang susah sekarang, Allah juga boleh kasi lu susah. Kasi lu ingat sikit,” tulisnya di Instagram

Terdahulu, video yang tular hari ini mengundang kecaman pelbagai pihak termasuk dalam kalangan selebriti antaranya Yana Samsudin, Sherry Ibrahim dan Uyaina Arshad.

Mereka kecewa dengan sikap lelaki terbabit dan mengecam perlakuannya yang dianggap biadap, sekali gus menjatuhkan air muka warga emas berusia 64 tahun itu.

Rakaman video yang tular itu menunjukkan lelaki itu sedang mempersoalkan warga emas berkenaan adakah dia menyesal kerana tidak berusaha dan malas sewaktu muda sehingga menjadi gelandangan.

Difahamkan, individu terbabit bersama beberapa rakan ke pusat transit gelandangan itu untuk menyampaikan bantuan sebelum mengambil kesempatan menyampaikan ceramah motivasi kepada gelandangan.

Sumber Facebook Yusuf Azmi, hmetro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *