Uncategorized

Selepas dua minggu dirawat, Bapa Amylea Azizan meningg4l dunia

SELEPAS hampir dua minggu mendapatkan rawatan di Institut Jantung Negara (IJN), bapa kepada penyanyi Amylea Azizan, Azizan Zainal Abidin, 62, menghembuskan nafas terakhir pada petang Rabu.

Perkara sedih itu dimaklumkan Amylea, 35, menerusi laman Instagramnya dengan meminta orang ramai mendoakan urusan arwah dipermudahkan.

“Assalamualaikum, ayah saya yang saya cintai dan kasihi telah meninggalkan kami semua buat selama-lamanya.

“Mohon sedekahkan doa buat Azizan Zainal Abidin… dia adalah seorang suami, ayah yang sangat-sangat baik dan bertanggungjawab.

“Sama-sama kita doakan rohnya ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman,” katanya.

Perkongsian Amylea di Instagram.

Dalam entri yang sama, penyanyi lagu Kendati ini turut berkata tiada kesakitan yang lebih pedih selain kehilangan kedua ibu bapa.

Tambah Amylea, terlalu banyak jasa bapanya yang belum lagi terbalas.

“Saya telah hilang ayah saya buat selama-lamanya. Tiada kesakitan yang lebih pedih melainkan kehilangan bapa atau ibu… Allah SWT sahaja yang tahu dugaan demi dugaan.

Assalamualaikum, ayah saya yang saya cintai dan kasihi telah meninggalkan kami semua buat selama-lamanya.

“Arwah ayah adalah kurniaan yang dipinjamkan Allah kepada saya dan saya sangat bersyukur memiliki seorang bapa yang baik sepertinya.

“Terlalu banyak budi belum saya balas, saya harap kami akan disatukan di akhirat kelak,” ujarnya.

Menerusi laporan mStar pada 31 Julai lalu, Amylea terpaksa merayu sumbangan derma kilat bagi membiayai kos rawatan bapanya yang menghidap penyakit jantung.

Terdahulu, Amylea memuat naik status memohon sumbangan derma kilat untuk membayar deposit rawatan bapanya di Institut Jantung Negara (IJN) selepas semua hospital kerajaan dikatakan terpaksa menolak pes4kit lain susulan peningkatan kes C0vid-19.

Kata Amylea bersyukur apabila menerima banyak bantuan daripada pelbagai pihak yang prihatin dan segera menghulurkan bantuan.

“Alhamdulillah ayah saya kini berada dalam keadaan stabil selepas dimasukkan ke IJN petang semalam (Jumaat). Memang masa itu saya dan keluarga dah buntu sebab Hospital Ampang dan Hospital Serdang memang tidak terima pesakit selain daripada k3s C0vid-19.

Ayah pula tiada insurans dan ketika pandemik macam ini saya dan adik-beradik lain tidak boleh keluar bekerja… ini sahaja jalan yang boleh kami fikirkan.

“Sebelum ini ayah dapatkan rawatan di hospital kerajaan tapi mereka terpaksa menolak dan mereka cadangkan untuk kami masukkan ayah ke hospital swasta.

“Adik ipar saya yang mula-mula blast tentang sumbangan derma kilat menerusi WhatsApp kumpulan kejiranan kami dan daripada situ kami dapat kumpul RM3,000 untuk bayar deposit kepada IJN.
“Lepas saya letak tentang sumbangan di Instastory saya, memang banyak DM masuk daripada peminat dan rakan-rakan artis yang turut sama menyumbang.

Amylea terharu dengan sumbangan orang ramai.

“Saya memang tak tahu nak cakap macam mana, terima kasih banyak-banyak… memang sangat-sangat terharu di atas sumbangan mereka. Saya harap Allah akan lipat gandakan lagi rezeki mereka semua yang telah membantu ayah saya,” katanya.

Penyanyi lagu Takdir ini berkata ayahnya kini hanya menunggu masa untuk melakukan prosedur Angiogram bagi memeriksa keadaan j4ntungnya yang dijadualkan pada September ini di Hospital Serdang.
“Kalau ikutkan kami memang lagi prefer hospital kerajaan sebab memang rekod kesihatan ayah dengan Hospital Ampang dan Hospital Serdang. Sepatutnya ayah dah buat prosedur ini pada Mac tahun lalu namun terpaksa ditangguhkan sebab pandemik C0vid-19 pada masa itu.

“Sekarang ayah terpaksa dimasukkan ke hospital untuk stabilkan diri dia selepas dia ada komplikasi j4ngkitan kum4n di paru-paru dan Alhamdulillah keadaan dia semakin okay.

“Walaupun tidak dibenarkan melawat namun kami tetap berkomunikasi dengan ayah menggunakan panggilan video, kalau dia tak larat dia akan minta bantuan nurse untuk tolong telefonkan kami,” katanya lagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *